ShareThis
Thursday, February 10, 2011
8-2-11 Wacana Mesir di pejabat Agung PAS
Hari ini parti Islam Semalaysia (PAS) menganjurkan wacana bertajuk krisis Mesir. Wacana dalaman ini dirasmikan oleh Dato Mustafha Ali - Setiausaha Agung PAS dan tiga orang speaker mengulas isu ini. Antara pengulas adalah Sdr. Syed Azman - Ketua Biro Antarabangsa PAS, YB Yusmadi - Ketua Biro Antarabangsa PKR dan Puan Halimah - Exco Pendidikan Selangor.
Syed Azman mengulas tentang peranan Amerika sebagai penentu dalam krisi ini. Yusmadi pula berhujah mengenai apa yang dikatakan sebagai konsensun Amerika dan Beijing dan berkata negara Asia Tenggara perlu mempunyai konsensus sendiri manakala Dr. Halimah menceritakan program ekabjikan ayng dilakukan oleh negeri Selangor menangani masalah pelajar Mesir
Saya turut dipanggil untuk mengulas isu ini. Saya memberikan pespektif sosialis dimana kita melihat isu pokok adalah isu kelas antara golongan minoriti yang elit kaya melawan majoriti rakyat yang berpendapatan rendah. Saya turut mengulas bahawa Mesir penting untuk belajar bahawa Revolusi itu masih relewan sebagai agen perubahan. Saya juga memberi teguran agar perjuangan rakyat ini kita tidak sempitkan kepada isu Islam dan Israel kerana inilah yang cuba diwar-warkahkan oleh Barat dan kuasa imperialis dunia Amerika Syarikat.
Turut hadir adalah Sdr Dr. Hatta yang berpendapat kita terlalu cepat menangani isu pelajar Malaysia Mesir padahal ada cara lain yang lebih baik menangani isu itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment