ShareThis

Sunday, February 27, 2011

25-2-11 Solidariti dengan Rakyat Libya













Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menghalang dan menyekat rombongan Pembangkang ke Kedutaan Libya menyebabkan hanya kepimpinan sahaja yang dapat hadir untuk menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan Libya.

Antara kepimpinan yang hadir adalah Muhammad Sabu dan Syed Azman dari PAS, Penyelaras Internatinale PSM Choo Chon kai dan saya sendiri dari PSM dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Tian Chua.

Syed Azman dan Nurul Izzah berjaya menyerahkan memorandum kepada Timbalan Kedutaan Libya tetapi nampaknya Kedutaan Libya di Malaysia juga sudah jadi pro rakyat.

Selain itu, lebihkurang 50 orang warga Libya turut berada dan membuat bantahan. Mereka membakar gambar Gaddafi, mengibarkan bendera baru Libya, memaparkan potret pejuang anti penjajahan Umar Mukhtar.

Dalam sidang akhbar, S.Arutchelvan membidas Timbalan Perdana Menteri Muhauddin Yassin kerana menuhntut hak berhimpun rakyat Libya di Libya tetapi menghalang hak berhimpun rakyat Malaysia dan Libya di Malaysia.

Rakyat Libya mengatakan ratusan orang telah dibunuh dan mahu pertukaran rejim di Libya. Mohd Sabu mengatakan kita bersama menentang semua diktator dan kerajaan anti demokrasi baik di Libya mahupun di Malaysia.

No comments: