ShareThis

Thursday, February 24, 2011

22-1-11 Menteri sepatutnya tidak tolak kes kepada Jabatan Buruh





Hari ini para pekerja kilang CHG Plywood telah dijemput untuk satu mesyuarat dengan Jabatan Tenaga kerja di Ibupejabat Jabatan itu di Putrajaya. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Jeffrey Joakim, Timbalan Ketua Pengarah 1 dan turut dihadiri oleh Peguam JTB dan Jabatan Tenaga Kerja Bangi. Mesyuarat ini dipanggil ekoran satu surat keras oleh bekas pekerja kepada Menteri Sumber manusia pada bulan Disember 2010 dan februari 2011.

Para pekerja bertanyakan komitmen Menteri Sumber Manusia kerana gagal melaksanakan skim Tabung pemberhentian kerja. Satu memorandum juga telah dihantar pada 1 Julai 2010.Walaupun pekerja menang dalam kertas RM 244, 016.65 manakala pihak Syarikat juga setuju membayar RM 80,033.28 iaitu 35% daripada jumlah pokok tetapi sehingga kini, tiada satu sen pun yang didapati oleh para pekerja.

Dalam mesyauarat hari ini, Setiausaha Agung PSM Sdr S.Arutchelvan yang mengiringi para bekas pekerja ini membidas sikap Menteri Sumber Manusia kerana menolak kes kepada JTK. Tuntutan pekerja adalah isu tabung pemberhentian kerja dimana ia memerlukan komitmen Menteri dan tidak kena mengena dengan JTK.

Letchuman - pemimpim pekerja juga berkata bahawa mereka berasa bosan dengan mesyauarat tetapi tiada tindakan penyelesaian dan mahu kerajaan campurtangan dan selesaikan isu ini.

Timbalan Pengarah Jeffrey setuju dan berkata pihaknya akan menghantar nota makluman kepada Menteri dan selain daripada itu melihat option Relief Fund. Mereka juga turut berkata bahawa tangan mereka terikat kerana proses perundangan.

Arutchelvan berkata yang perlu adalah komitmen politik dan kesungguhan menyelesaikan isu ini. Jeffrey setuju untuk mengambil langkah pro-aktif membantu pekerja dan mengutarakan keluhan pekerja kepada Menteri Sumber Manusia. Turut hadir adalah PA Menteri Encik Vijayamohan.

No comments: