Mesyuarat Bulanan Majlis Perundingan Penduduk (MPP) berlangsung seperti biasa di kompleks Penghulu Semenyih. Pada bulan ini, 2 isu penting dibincang iaitu Sdr. Simon menjelaskan dengan impak FTA kepada ekonomi dan rakyat Malaysia. Beliau memberi banyak contoh dan pandangan mengapa FTA membawa lebih kemudaratan dari kebaikan. Wakil MPP pelik dengan matlamat pemerintah hendak buat FTA Eropah dan US. Mereka bercakap jika ini tidak berkawal, nanti kita jadi macam Mesir.
Isu kedua adalah samada kita buat tangga keselamatan di Bukit Broga atau membiarkan Bukit ini dalam keadaan sediaada kerana membuat sesuatu bererti menodai bukit tersebut.Perbincangan cukup sihat dan anatara rumusan adalah soala keselamatan harus diambilkira tetapi bukit itu tidak seharusnya dikacau. Mungkin boleh memberi amaran tempat-tempat yang bahaya. Ahli Majlis berpendapat bahawa kita mungkin dapat buat satu feedback dari orangramai mengenai bukit ini dan juga meneliti status tanah sebelum membuat sesuatu.
No comments:
Post a Comment