ShareThis

Sunday, January 2, 2011

26 Disember - Cawangan PSM baru dilancar di Banting










Hari ini menyaksikan majlis pelancaran 2 dalam 1, pelancaran buku “Bila Singa Ditumpaskan” dan pelancaran PSM Cawangan Banting di Brooklands. Satu lagi hari bersejarah dalam perkembangan Parti Sosialis Malaysia.

Walaupun hujan turun petang ini, namun lebihkurang 100 orang hadir dari kawasan Banting dan kawasan persekitaran ke majlis ini. Bagi PSM, penubuhan suatu cawangan adalah berlandaskan hasil perjuangan di kawasan tersebut. Brooklands, sebuah estet di Banting menjadi medan berjuang bagi pekerja - pekerja ladang itu untuk menuntut hak perumahan mereka.

Dimulakan dengan ucapan daripada Pengerusi cawangan baru ini, Saudara Manickam, mengalu- alukan kedatangan rakan- rakan ke majlis ini. Ini telah diikuti dengan pelancaran buku hasil tulisan Sdr. Sivarajan, Bendahari PSM yang sejak zaman kampus lagi bersama penduduk dalam perjuangan mereka.Pelancaran buku dengan simboliknya ditunjukkan dengan gambar singa yang melambangkan Lion Group, majikan estet, ditumbangkan oleh para pekerja. Dalam ucapan beliau, Sivarajan menceritakan liku- liku perjuangan selama 13 tahun yang akhirnya berjaya menumpaskan satu syarikat kapitalis besar.

Saudara Ang dari Kg.Papan, Pandamaran juga turut mengucapkan tahniah kepada
penduduk Brooklands kerana berani berjuang dan menubuhakn cawangan PSM di sana. Pengerusi PSM, Saudara Nasir Hashim turut memberikan ucapan semangat beliau kepada para hadirin. Sdr Nasir menceritakan keberanian rakyat dalam menuntut hak dan semangat berjuang yang tidak padam sehingga hak dirampas kembali. Seterusnya, beliau dengan rasminya melancarkan Cawangan PSM Banting dengan menyerahkan bendera perjuangan gengaman tangan merah putih kepada JK Protem PSM Banting.

Seterusnya, ucapan daripada Sdr Arul, Setiausaha Agung PSM meniupkan semangat rakan- rakan yang hadir. Beliau menceritakan tentang wujudnya golongan pengkhianat dalam sesuatu perjuangan yang cuba menumpang bersama golongan yang berjuang untuk mendapatkan rumah tanpa melibatkan diri dalam perjuangan. Sdr Arul juga menegaskan bahawa penindasan berlaku kepada yang miskin

No comments: