ShareThis

Sunday, January 2, 2011

25-12-10 Bertemu wartawan Harakah







Hari ini saya dijemput oleh Sdr Tahmizi untuk memberikan sedikit kritikan saya mengenai akhbar Harakah. Selain saya, pengkritik lain yang dijemput adalah Prog Aziz Bahari dari UIA.

Saya mengariskan 10 oerkara dalam hujah saya dan diantaranya ialah memuji Harakah kerana tidak mempermainkan isu perkauman atau terjerat dengan taktik kotor BN. Saya juga meminta untuk highlight pemimpin PAS yang sederhana dan hidup dengan prinsip kerana ini dapat membezakan pemimpin PAS dengan UMNO. Saya juga menyarankan bahawa harakah mesti sentiasa memberi liputan kepada isu akarumbi dan perjuangan rakyat kerana banyak isu ini tidak diliputi oleh akhbar perdana dan blog-blog.

No comments: