ShareThis
Sunday, January 2, 2011
23-12 Taklimat Yayasan Selangor
Hari ini satu taklimat ayng diusahakan oleh Chandra Mohan telah diadakan di MPKJ untuk memberi sedikit penerangan mengenai yayasan Selangor dan program dibawahnya.
Dibawah adalah sedikit maklumat yang boleh didapati dari http://www.yayasanselangor.org.my
Program biasiswa
Biasiswa Yayasan Selangor telah mula dikeluarkan pada tahun 1971 bagi memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar miskin luar bandar yang berpotensi di bidang akademik dan telah terpilih menyertai program Rancangan Khas Pendidikan di asrama-asrama Yayasan Selangor.
Kini terdapat 3 jenis Biasiswa diberikan kepada pelajar di asrama Yayasan Selangor iaitu Biasiswa Kecil, Biasiswa Khas dan Dermasiswa.
Yayasan Selangor memaklumakan pelajar dibawah Rancangan Khas Pendidikan untuk memohon Biasiswa Kecil/Khas dan Dermasiswa tahun 2010
• Pemohon/Ibu/Bapa lahir di Negeri Selangor .
• Pemohon mestilah pelajar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor dan sedang belajar di tingkatan satu hingga lima di Asrama Yayasan Selangor.
1. Kelayakan Pemohon (BIASISWA KECIL/KHAS)
1.1 Pelajar mestilah dibawah Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor yang tinggal di Asrama Pusat dan Daerah Yayasan Selangor.
1.2 Mencapai keputusan akademik dengan markah tidak kurang 60% dalam peperiksaan pertengahan dan akhir tahun.
1.3 Pelajar tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana badan.
1.4 Pendapatan keluarga maksima RM2,000.00 ke bawah (mengikut keadaan semasa)
2. Kelayakan Pemohon (DERMASISSWA)
2.1 Pelajar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor.
2.2 Pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah 8A.
3. CARA MEMOHON
Borang boleh didapati di Asrama Pusat dan Sekolah Daerah Tajaan Yayasan Selangor.
Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor - Maklumat Am
________________________________________
Sasaran pelajar adalah pelajar kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.
Pemilihan pelajar dibuat dengan Kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia Melalui Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Kriteria pemilihan adalah pelajar yang mendapat 5A atau 4A 1B dalam peperiksaan UPSR tahun terbaru. Dengan ini pelajar akan ditempatkan di Asrama Pusat dan Asrama Daerah Yayasan Selangor.
Bagi Pelajar yang ditempatkan di Asrama Pusat adalah:
a. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
b. Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI)
c. Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN)
d. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
Pelajar yang terpilih akan diletakkan di Dasar Rancangan Khas Pendidikan Yayasan Selangor di Sekolah-Sekolah kawalan berikut:
a. Asrama Yayasan Selangor Klang (AYSK)
- SM Convent Klang
- SM Methodist (P) Klang
- SM Methodist (L) Klang
- SM Tinggi Klang
- SM La Salle Klang
- SM Tengku Ampuan Rahmiah Klang
b. Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI)
- SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
- SMK (l) Victoria, Kuala Lumpur
- SMK (L) Methodist, Kuala Lumpur
- SMK (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya
- SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
- SMK (L) St John, Kuala Lumpur
- SMK (L) La Salle Petaling Jaya
c. Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN)
- SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
- SMK (P) Assunta, Petaling Jaya
- SMK (P) Convent Kuala Lumpur
- SMK Seri Bintang Utara Kuala Lumpur
- SMK Jalan Cochrane, Kuala Lumpur
- SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya
d. Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)
- SMK Ungku Aziz
- SMK Tengku Abdul Rahman Putra
Bagi Pelajar yang ditempatkan di Asrama Dearah, maka kawalan Sekolah adalah seperti berikut:
a. SMK Ungku Aziz
b. SMK Dato' Harun, Tanjung Karang
c. SMK Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor
d. SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang
e. SMK Telok Datuk, Banting
f. SMK Damansara Utama
g. SMK Jalan 3 Bandar Baru bangi
h. SMK Tinggi Kajang
i. SM Tunku Abdul Rahman Putra
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment