ShareThis

Sunday, October 3, 2010

29 Sept 2010 - KIA - malam penghargaan





hari ini saya berkejar ke satu program di Ipoh untuk merayakan malam penghargaan KIA -Kinta Indian Association iaitu sebuah kelab sukan terutamanya bolasepak yang begitu disegani di Negeri Perak dan juga Malaysia. saya dijemput ke program ini, kerana penganjur hendak menghargai mendiang bapa saya S.Subramaniam yang merupakan Naib Presiden Kelab ini dan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Perak. Bapa saya meninggal dunia pada 23 June 2009. Dalam program ini juga, mereka memberikan duit sumbangan kepada pelajar sekolah dan kepada bekas pemain-pemain kelab ini yang telah beraksi di peringkat negara dan antarabangsa.

No comments: