ShareThis

Wednesday, October 20, 2010

14 Oktober- IGP boleh berubah, jangan harap Institusi Polis berubah






Saya menjadi salah seorang panelis dalam FORUM: IGP Bertukar... Institusi Polis Berubah? dimana forum membincangkan bahawa pada 12 September 2010, Tan Sri Ismail Omar telah menjawat Jawatan sebagai KPN yang kesembilan, namum adakah penukaran KPN baru akan memberi harapan baru dan keyakinan kepada rakyat terhadap kredibiliti dan akauntabiliti PDRM ?

Forum ini diadakan di Selangor Chinese Assembly Hall dan selain saya, panelis lain adalah YB Lim Kit Siang (MP Ipoh Timur), Ragu Kesavan (Pengerusi Majlis Peguam)dan Ivy Josiah ( Bekas Ahli Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja Polis). Moderater pula adalah Latheefa Koya (Peguam hak asasi manusia)

Saya menghujah bahawa Polis amat penting untuk Kerajaan BN dan oleh itu ia adalah alat pemerintah untuk terus berkuasa.

Antara hujah saya adalah:

Polis menjadi rakan yang paling penting dan berpengaruh untuk memastikan kerajaan BN terus memerintah. Justeru itu adalah penting untuk pemerintah memastikan polis sentiasa memberikan kerjasama kepada mereka dan akur dengan arahan mereka.

Untuk sekian lama, Perdana Menteri akan memegang jawatan Menteri dalan Negara kerana menerusinya boleh mengawal polis dan boleh menggunakan ISA untuk menangkap musuh politik dan membenteras gerakan rakyat.Tren ini hanya berubah semasa penggal akhir Dr. Mahathir dimana beliau telah menjadi Menteri Kewangan `apabila melihat bahawa mengawal sumber kewangan adalah lebih penting pada zaman moden ini

Begitulah reputasi polis sehingga Malaysia sering dikatakan Negara Polis. Police State. Pada Oktober 2006, Mahathir berkata Badawi telah menjadikan Malaysia sebuah Negara Polis

Oleh yang demikian, Polis adalah satu institusi yang amat kuat dan berpengaruh. Gerakan demokrasi dan hak asasi sering meminta polis untuk akur kepada rakyat dan bersikap profesyenal. Bagi Polis, kesetiaan mereka adalah kepada kepimpinan tertinggi polis dan kepimpinan tertinggi ini adalah budibicara parti pemerintah.

Oleh yang demikian, secara jujur adalah amat sukar untuk menuntut polis bersikap neutral. Polis adalah sebahagian daripada sistem dan idelogi parti pemerintah.

No comments: