ShareThis

Tuesday, September 14, 2010

9 Sept 2010 - Penutupan Jalan Pakis, Cheras


Saya telah menerima beberapa panggilan telepon daripda orang awam yang tidak puas hati akan penutupan jalan Pakis dekat taman Cuepacs yang dikatakan telah dilakukan oleh Penduduk di kawasan Taman Pakis. Tindakan ini telah menyebabkan kesukaran untuk penduduk lain yang selalu menggunakan jalan ini sebagai laluan alternatif. Keadaan ini juga menyebabkan Jalan-jalan lain di taman Perumahan ini mengalami kesesakan. Saya telah memaklumkan kepada pembantu Ahli Majlis di kawasan tersebut dan akan membawa isu ini kepada perhatian MPKJ. Adalah tidak bertanggungjawab untuk mana-mana pihak menutup satu jalan laluan ke tempat lain hanya kerana kepentingan mereka sendiri.

No comments: