ShareThis

Tuesday, September 14, 2010

6-9-10 - Kerajaan Selangor amalkan Bottom up untuk rancang masa depan Selangor 2011-2013






Hari ini, satu mengikuti satu dialog yang cukup bermakna iaitu Sesi Dialog Selangor Blueprint untuk tahun 2011-2013. Program ini diadakan di Pusat latihan KWSP di Bandar Baru Bangi. Yang menarik dan berbeza dalam program ini adalah peserta dibahagi kepada beberapa kumpulan mejabulat 10 orang satu meja dan membincangkan pelbagai isu dan masalah yang dihadapi di negeri Selangor. Program ini dikendalikan oleh Merdeka Centre dan semua peserta bebas bercakap, menulis cadangan dan sebagainya tanpa perlu was was. Ini merupakan konsep yang cukup unik daripada program biasa dimana ada pihak benteng kertaskerja dan hanya segelintir sahaja yang melibatkan diri.

Ini merupakan mendapat maklumbalas dari bawah. Kebanyakan orang berpuashati dengan program Negeri Selangor walaupun berpendapat ramai orang tidak tahu tentang program-program ini.

Antara cadangan-cadangan yang saya kemukakan dalam program ini adalah

1. Taman permainan kanak-kanak harus dikendalikan oleh penduduk tempatan supaya mereka ada rasa tanggungjawab dan ownership. Kita juga boleh bagi sedikit wang untuk penyelenggaran taman permainan tersebut.
2. Perancangan mesti berubah dimana orang berpendapatan rendah harus memiliki rumah dekat dengan jalan utama supaya mereka boleh dapat pengangkutan awam manakala orang kaya boleh hidup dikawasan pinggir.
3. Pangsapuri kos rendah mesti dikendalikan oleh pihak Majlis tempatan
4. Untuk meningkatkan mutu sukan, setiap tamah perumahan dan kampung, mesti mempunyai setor yang memberikan alat permainan secara pinjam dan percuma. Setor untuk boleh dikendalikan oleh persatuan penduduk atau pihak Majlis
5. Setiap Taman mesti mempunyai One stop centre yang mempunyai semua borang bantuan kerajaan negeri untuk membantu penduduk tempatan
6. Referundum untuk isu penting harus menjadi satua amalan kerajaan negeri. Kerajaan negeri boleh menggunakan kemudahan Pejabat JKK, Pejabat Ahli majlis, Pejabat tanah dan Pejabat PBT untuk mengendalikan referundum.
7. Kerajaan Negeri harus memastikan tidak ada terlalu banyak hospital swasta dan hyper market di satu kawasan
8. Maklumat penting Kerajaan negeri boleh disalurkan melalui surat cukai pintu dan cukia tanah
9. Pilihanraya kerajaan Tempatan wajib dijalankan

No comments: