ShareThis

Saturday, August 7, 2010

6-8-10 Meneliti Projek perpindahan Peneroka Berembang







Sudah lebih 2 tahun tetapi Peneroka Berembang masih tinggal dibawah Khemah. Walaupun isu pampasan sudah selesai tetapi perpindahan ke rumah baru tergendala ekoran projek terbengkalai. Atas desakan PSM, JERIT dan peneroka sendiri, satu mesyuarat telah diadakan dan kini Pemaju menjadi tertekan dan memberi syor bahawa beliau akan menyiapkan projek ini sebelum 31 Disembeer 2010. Untuk memastikan kata-kata pemaju, satu lawatan tapak telah dibuat. PSM mengundang Sdr. K.Arumugam seorang Jurutera dengan 25 tahun pengalaman untuk meneliti Projek ini.

Sdr Arumugam berpuas hati dengan kualiti kerja tetapi bersependapat projek ini hanya boleh siap jika ada lebih ramai pekerja dan pemantauan setiap minggu dibuat oleh JK Peneroka Berembang sendiri.

No comments: