ShareThis

Saturday, August 7, 2010

4-8-2010 Rumah Ladang Bukit Jalil selamat seketika








Operasi perobohan rumah bekas pekerja ladang Bukit Semenyih ditangguhkan dan penduduk pula diberi satu surat tawaran. Hari ini lebih seratus orang berdiri untuk menghalang dan membuat sekatan jalan untuk memastikan jentotak tidak masuk untuk merobohkan rumah-rumah bekas pekerja ladang. Terdapat 41 keluarga yang masih menetap disana.
Perbincangan dengan DBKL tidak berjaya pada hari 2hb Ogos 2010, maka penduduk yang telah tinggal di ladang tersebut lebih daripada 50 tahun kini diancam oleh DBKL untuk merobohkan rumah mereka pada 4hb Ogos 2010. DBKL dalam satu surat yang bertarikh 20 Julai menyatakan bahawa mereka akan meroboh rumah penduduk Ladang Bukit Jalil pada 4hb Ogos. Walaupun DBKL pernah menyatakan bahawa sehingga penduduk dan pihak DBKL tidak menemui sebarang kata putus rumah penduduk Ladang tidak akan diroboh. Namun, pada 20hb Julai DBKL mungkir janji dan memberitahu niat untuk meneruskan perobohan di rumah di Ladang Bukit Jalil.
Pengusiran paksa dan perobohan adalah satu pencabulan hak asasi yang amat serius dan melanggar Artikel 11 (1), Konvenan Hak Asasi Ekonomi,Sosial dan Kebudayaan dan Artikel 25, Deklarasi Hak Asasi Sejagat, UN.
Latarbelakang
Seramai 41 daripada 105 orang penduduk Kampung Ladang Bukit Jalil, Puchong diberi tempoh sehingga 3hb Ogos ini oleh DBKL untuk berpindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah Puchong. Penduduk Bukit Jalil walaupun pernah mengadakan beberapa perbincangan dengan DBKL sejak tahun 2006, namun perbincangan berkenaan tidak pernah membawa sebarang hasil. Malah, penduduk ladang Bukit Jalil berjuang dan menuntut rumah teres dibina di tanah kediaman mereka sekarang.
Walaupun perkara ini sering diutarakan kepada YB Saravanan (Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan) dan Menteri Sumber Manusia, YB Subramaniam namun tidak adas sebarang perubahan yang berlaku sehingga hari ini. Kini penduduk Ladang Bukit Jalil menghadapi perobohan rumah pada 4hb Ogos 2010 ini setelah perundingan dengan DBKL gagal. Tanah Ladang Bukit Jalil ini dikatakan akan digunakan untuk pembinaan perkuburan pelbagai kaum.

No comments: