ShareThis

Sunday, August 29, 2010

28-8-2010 Memberi sumbangan untuk kanak-kanak Abaco












Hari ini Kerajaan Negeri Selangor menyumbangkan sumbangan wang bas kepada 9 keluarga di Ladang Abaco dekat Beranang dan juga membiayai kos pengangkutan bagi tiga bulan seterusnya untuk semua kanak-kanak di Ladang Abaco.Upacara penyerahan wang disempurnakan oleh Sdr. Xavier selaku Exco Kerajaan negeri Selangor, Upacara ini diatur oleh pihak Sektoran Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Khidmat PSM Semenyih. Memang bas sekolah tidak mahu masuk ke Ladang Abaco kerana jalanya teruk dan dipendalaman dan jika mereka mahu masuk, mereka meminta wang yang banyak. Untuk 12 tahun yang lalu, seorang bekas pekerja Abaco membawa kanak-kanak ke sekolah dengan harga RM40.seorang.

PSM dan Pusat Khidmat masyarakat CDC telah menyumbang jasa di ladang ini untuk lebih 20 tahun. 2 hari sebelum merdeka, keadaan hidup pekerja ladang Abaco amat ketinggalan. Hanya perubahan struktur sahaja dapat membawa perubahan jangkamasa panjang kepada masyarakat disini, bantuan bas sekolah mungkin boleh mengurangkan beban mereka sedikit tetapi mereka masih terjerat dalam kemiskinan tegar.

No comments: