ShareThis

Thursday, August 5, 2010

26-6-2010 Menjadi speaker forum Mansuhkan EO






Hari ini saya menjadi sebahagian ahli panel untuk membantah satu lagi akta tanpa perbicaraan iaitu Akta Darurat pencegahan jenayah atau lebih dikenali sebagai EO. Hari ini untuk setiap seorang yang ditahan dibawah ISA, ada lebihkurang 8 orang yang ditahan dibawah EO. EO tidak se "famous" ISA kerana yang kena tangkap bukan aktivis politik. Namun apa pun, setiap manusia mesti diberikan hak untuk membela diri. Akta EO ini menafikan hak untuk orang membela diri dan boleh dibicarakan untuk tempoh tahanan 2 tahun tanpa bicara dan kemudian dibuang negeri. Satu lagi masalah adalah, baru-baru ini ramai kanak-kanak yang ditahan dibawah EO. PSM berpendirian bahawa semua akta yang membenarkan penahanan tanpa bicara mesti dimansuhkan.

No comments: