ShareThis

Friday, August 6, 2010

23 Julai – Mesyuarat MPP bincang banyak aduan







13 orang ahli MPP hadir dalam mesyuarat bulanan ini. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ahli Majlis Arutchelvan dan ini merupakan selepas pelantikan kali yang ketiga. Justeru itu, semua wakil persatuan penduduk dikehendaki memaklumkan sekiranya terdapat pertukaran ahli dalam jawatankuasa MPP .
Antara isu yang dibincang adalah garispanduan pembersihan rumah kosong. Sekiranya aduan berkaitan pembersihan rumah kosong diterima ia akan direkodkan dan notis 14 hari akan dikeluarkan kepada pemilik rumah supaya mengambil tindakan untuk membersihkan rumah kosong tersebut. Selepas 14 hari, siasatan semula akan dilakukan. Jika pemilik gagal melakukan pembersihan, pihak MPKj akan bersihkan rumah tersebut dan saman akan dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasa kepada pemilik.

Banner Maklimat dimaklumkan kepada wakil penduduk bahawa banner maklumat yang belum di naikkan di kawasan taman akan dinaikkan pada masa tertentu, dan pengerusi juga memaklumkan kepada wakil-wakil penduduk supaya memeriksa jika terdapat sebarang kerosakkan terhadap banner yang dipasang di kawasan mereka.

Namun 3/4 masa dibelanjakan membincang pelbagai aduan yang diterima.

No comments: