ShareThis

Sunday, August 29, 2010

21 Ogos - Mesyuarat MPP zon 19 lantik MPP baru dan kenalkan cara aduan berkesan





Sempena dengan bulan ramadan, Mesyauarat MPP bulaj ini diadakan pada sebelah pagi hari Sabtu. pada mesyuarat kali ini, satu borang aduan diperkenalkan kepada wakil-wakil MPP bagi memudahkan aduan dilakukan dengan lebih lancar.

Selain itu, mesyuarat kali ini membincangkan Ahli MPP bagi zon 18 bagi tempoh 2010/2011. Antara ahli MPP yang bersetuju atas perlantikkan mereka adalah En. Nur Azlani Abu Bakar, En. Mohammad Kamal Bin Hj. Zakariah, En. Halim Zainal, en. Ramachandra, En. Mohd Kamal Hashim, En. Abd Walid Bin Abd Hamid, En. A. Subramaniams, En. Karim Bin Rabu, En R.S Chandra dan En. Balakrishnan.

Dari segi Jawatan pula En. Kamal Zakariah dari Bandar Rinching Fasa 1 kekal sebagai Timbalan pengerusi dan En. Halim kekal sebagai setiausaha. Namun ekosongan jawatan bendahari disis oleh En. Nor Azalani dari Taman Pelangi Semenyih.

Mengenai Sambutan Hari Raya, mesyuarat bersetuju sambutan hari raya diadakan di Taman pelangi semenyih, dimana En azlan dan komuniti taman pelangi semenyih akan membuat perancangan sambuta aidilfitri kali ini. Walaubagaimanapun wakil-wakil MPP yang lain turut diminta untuk bekerja sama bagi melancarkan sambutan hari raya yang bakal diadakan pada 25 September 2010.

Selain sambutan hari raya, pengerusi juga memaklumkan bahawa satu forum berkaitan dengan rumah pangsa akan diadakan. Forum ini diadakan adalah untuk membincangkan beberapa usul berkaitan dengan pembersihan rumah pangsa kos rendah dimana penyelenggaraan berkaitan rumah pangsa kos rendah tidak dijalankan dengan baik.

No comments: