ShareThis

Thursday, August 5, 2010

14 Jun - Mesyuarat JK Khidmat Bandar - Saya pertengahkan isu 7 kawasan

Hari ini adalah Mesyauarat JK Kecil Perkhidmatan Bandar iaitu Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk kebersihan dan kesihatan. Seperti biasa JK ini juga mengendalikan isu berkenaan dengan kebersihan longkang, anjing liar dan sebagainya. Saya telah membangkitkan isu-isu yang diutarakan kepada saya dalam meeting ini seperti dibawah:

S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

14 Jun 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR MPKJ BAGI JUN 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini
1. Pelangi Semenyih
• Keliaran 7-8 ekor anjing liar di sekitar kawasan surau dan tanah lapangan.
• Masalah kacauganggu dari orang kurang siuman di Jalan Utama. Aduan telah dibuat sebelum ini tetapi masih belum ada sebarang tindakan..

2. Taman Manikavasagam
• Di hujung Jalan 4, terdapat tong-tong terbiar kesan daripada aktiviti haram sebelum ini. Penduduk risau ia bahan kimia atau bahan apa.
• Di Jalan 1, 2, 4 dan 5 rumput telah panjang dan semakin menjadi hutan dan diminta untuk potong

3. Taman Tasik Semenyih
• Keliaran anjing liar di sekitar kawasan taman.

4. Taman Sri Tanjung
• Sampah longkang yang dikumpulana di dalam plastik tidak dipunggut dan dibiarkan di tepi longkang hampir 3 minggu.
• Kutipan di kawasan kedai dan penggunaan tong sampah

5. Pangsapuri Kampung Baru Semenyih
• Anjing liar berkeliaran di sekitar flat dan juga naik sampai ke atas flat.
• Lot 544 di kawasan hadapan pangsapuri, pembelaan ayam menyebabkan kacau ganggu dan dibelakang lot ini, ada rumah kosong terbiar dan kini menjadi tempat berlepak penagaih dadah

6. Pangsapuri Sri Mawar, Semenyih
• Pembelaan ayam di Desa Anggerik menyebabkan bau busuk di kawasan pansapuri Sri Mawar 2

7. Bandar Rinching Section 3

• Pembuangan sampah haram (illegal dump-side) disisi jalan menuju ke Bandar Rinching, section 3
• Longkang-longkang di Seksyen 3 ini tidak pernah dikorek

Sekian Terima Kasih
S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: