ShareThis

Thursday, June 10, 2010

22-5-2010 Sokongan padu untuk PSM tanding DUN Jelapang




Makan malam yang diadakan di DUN Jelapang memperlihatkan kesemua meja habis dijual dan ramai yang kecewa kerana tidak cukup meja. Makan malam salam perjuangan anjuran PSM Jelapang mendapat sambutan cukup baik dan ramai yang hadir adalah mereka yang terlibat dalam isu-isu akarumbi dikawasan tersebut. Semua ucapan dan persembahan cukup menarik dan bersemangat. Dari ucapan komrad yang datang, ramai berharap dalam pilihanraya akan datang, PSM akan diberikan kerusi ini. Dalam pilihanraya yang lalu calon DAP yang menang telah melompat ke parti bebas pro BN menyebabkan Kerajaan negeri Perak jatuh. Jika seandainya PSM diberikan kerusi ini, sudah pasti PR masih memerintah di negeri Perak.

No comments: