ShareThis

Wednesday, June 9, 2010

18-5-10 - 6 isu dalam mesyuarat Infra

Saya telah mengutarakan 6 isu dalam mesyauarat Infra dan juga juga membantah apabila soalan yang saya kemukan dalam mesyuarat sebelum itu tercicir dan tidak mendapat respons. Pihak urusetia meminta maaf dan berjanji akan beri penjelasan dalam mesyuarat depan.

Isu saya adalah seperti berikut:


S.Arutchelvan
Zon 18
No 12, Tingkat 3, jalan 5/12, bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel : 019-2537791

18 Mei 2010 DENGAN TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP – Pengarah Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI MEI 2010

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Bandar Rinching

 Bandar Rinching Seksyen 6- pendawaian di gelanggang badminton agar terdedah dan merbahaya
 Jalan menuju ke Sekolah Menengah Bandar Rinching melalui Seksyen 5 dan 6 banyak berlubang dan tidak ada lampu jalan berdekatan dengan Sekolah

ii) Pangsapuri Kampung baru Semenyih

 Jalan 15 memerlukan Bonggol jalan dengan segera.demi keselamatan

iii) Pasar Semenyih

 Jalan dihadapan Pasar dan jalan hadapan Econsave banyak berlubang dan perlu diturap

iv) Taman Manikavasagam
 Lampu depan menuju Taman masih belum dipulihkan walaupun sudah berbulan-bulan
 Struktur bangunan terbiar di padang perlu dirobohkan

v. Masjid Semenyih
 Meminta pintu besar dialihkan ke tepi untuk sebab keselamatan. Banyak kemalangan berlaku dikawasan tersebut.

vi) Taman Pelangi Semenyih

 Sepanjang jalan Besar Taman pelangi Semenyih perlu diturap kerana banyak berlubang
 Untuk Fasa 7A/B, Penduduk ingn mengetahui tarikh bila penyelenggaran telah bertukar ganti dari pemaju kepada MPKJ. (Cut off point)
 Meminta bumber jalan (bonggol) yang dibina sekarang tidak meliputi keluasan jalan dan ini menyebabkan banyak kenderaan yang mengelak dan ini merbahaya kepada pemandu lain.
 Struktur Bangunan dan keretakan – penduduk minta MPKJ adakan dialog dengan pemaju


Sekian Terima Kasih


S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: