ShareThis

Wednesday, June 9, 2010

16 Mei - Piala Veerasenan -kurang sambutan, tetap signifikan










Tahun ini hanya 10 pasukan yang hadir dan pertandingan berakhir jam lebihkurang 2.30petang. Ramai pasukan tradisi tak menyertai. Kemungkinan kerana tahun ini pertandingan ini dijalankan di kawasan jauh dari kawasan perumahan rakyat seperti ladang atau kilang dimana pertandingan ini mula-mula berasal usul.

Namun pertandingan Piala Veerasenan tetap unggul dan signifikan. Ia dijalankan secara percuma oleh aktivis CDC (Pusat pembangunan masyarakat) kerana mereka sedar wang bukan segala-galanya. Pada tahun ini juga, kuiz Veerasenan ulung kali diadakan dan ia dapat menyedarkan lebih ramai anak muda siapa pejuang ini.

Piala Pejuang P.veerasenan dimulakan pada tahun 1993 demi mengingatkan kembali kepada jasa seorang pejuang muda, P.Veerasenan yang berjuang untuk hak dan kebajikan pekerja tanpa batasan kaum dan agama pada zaman pemerintahan British, 1940. Pada usia muda iaitu 22 tahun sahaja beliau telah menjadi setiausaha kesatuan pekerja-pekerja Pengkalan Singapura. Keberanian dan ketegasan dalam memperjuangkan hak pekerja telah membawanya ke arena Kesatuan Sekerja Peringkat Nasional iaitu PAN-Malayan Fedaration of Trade Unions (PMFTU).

Sumbangan dan pengorbanan beliau terlalu besar kepada perjuangan pekerja. Di antara kejayaan P.Veerasenan dan rakan-rakan seperjuangnya adalah:

· Memperjuangkan peningkatan upah harian 55 sen kepada 95 sen sehari

· Mengurangkan hari bekerja dari 7 hari kepada 6 hari.

· Hanya 8 jam kerja setiap hari

· Pihak majikan harus menyediakan air minuman bersih dan bebas daripada kuman, kemudahan perumahan dan bilik air.

Beliau merupakan salah seorang pemimpin kesatuan PMFTU yang progresif dan digeruni oleh pihak British. Beliau telah ditembak mati oleh pihak British pada 3 mei 1949 ketika beliau berusia hanya 22 tahun. Pada masa itu ramai lagi pejuang kaum pekerja telah dibunuh, digantung dan dibuang negeri. Sumbangan beliau kepada kaum pekerja Malaya pada masa itu tidak terhingga. Demi mengingati semangat perjuangan beliaulah Pertandingan Bola Sepak P.Veerasenan diadakan. Adalah diharapkan semangat perjuangan beliau akan diteruskan oleh setiap generasi muda selagi wujudnya penindasan ke atas golongan pekerja.

No comments: