ShareThis

Friday, April 9, 2010

8 April 10 - Dialog Lalulintas Semenyih Padu dan Hangat








Dialog lalulintas Semenyih untuk mendapat maklumbalas rakyat Semenyih cukup baik dan memberangsangkan. Hujan lebat sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehadiran tetapi Dewan Semenyih menjadi semakin penuh pada satu ketika.

Kertas yang dibentang oleh Penduduk Semenyih iaitu Dato Fuad Ambi, Encik Ng Poh Khoon dan Puan Uma Dewi cukup komprehensive, berisi dan memberi satu huraian mempertengahkan masalah dan juga memberi cadangan.

Antara isu yang diungkit adalah mengenai Jambatan sementera dekat Ann Giap, kawasan hadapan Masjid yang merbahaya, ketiadaan cukup pokok, isu tempat letak kereta di pekan Semenyih, isu tiadanya polis semasa trafik lebat, isu satu hala dua hala.

Dato Fuad dengan gambaran satelit menerangkan masalah dan penyelesaian, Encik Ng berhujah mengenai kepentingan orang ramai iaitu 80% harus didahulukan daripada 20% manakala Puan Uma telah membuat kajian kes dan membuat temuramah dengan orang ramai dan membuat pembentangkan berdasarkan pandangan awam.

Pengarah MPKJ menerangkan cadangan masadepan dan antaranya adalah apa yang dikatakan sebagai Mutiara Selatan iaitu pusat pertumbuhan MPKJ selepas ini adalah kawasan Semenyih-Beranang. Beliau juga menunjukkan cadangan komunter pada masa depan dari Cheras ke Semenyih, dan beberapa by-pass baru yang akan dibina antaranya adalah dari Semenyih Sentral ke Broga, Sg. Lalang ke SILK Highway dan sebagainya. Beliau berkata semua rancangan ada kecuali wang.

Semasa sesi dialog juga wujud persoalan mengenai wang rakyat dan mengapa tidak digunakan untuk membuat pembangunan. Tiga daripada empat orang Ahli Majlis juga hadir iaitu Sdr. Ong, Sdr Mohidin dan saya sendiri. Saya menegaskan bahawa kita harus cuba mengunakan proses yang ada dan jika tidak berlaku, kita harus tunjukkan kuasa rakyat untuk menuntut pembangunan yang kita mahu.

No comments: