ShareThis

Saturday, April 24, 2010

19 April - Hari pekerja Mei 1 di Dataran Merdeka - Bantah GST




Hari ini. saya bersama Nalini E - Penyelaras Jawatankuasa Mei 1, Dr. Hatta Ramli mewakili Gabungan PROTES, Sdr Jega dari SABM dan Heng Lung dari SUARAM mengadakan sidang akhbar mengumumkan program Hari Pekerja 2010 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka jam 11pagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari http://1mayworkersday.blogspot.com

Perhimpunan Aman ini akan diadakan pada 11 pagi di Dataran Merdeka. Orang ramai dinasihatkan untuk berkumpul lebih kurang jam 10.30 pagi. Tema Sambutan Hari Pekerja Tahun ini adalah "RAKYAT BANTAH GST: CUKAI YANG MISKINKAN RAKYAT".

Tarikh Mei 1 ini cukup signifikan. Di Malaysia hanya ada 4 hari yang diumumkan sebagai cuti umum wajib iaitu Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan yang di-Pertuan Agung, Hari Keputeraan Sultan atau Yang Dipertua Negeri dan Mei 1 (Hari Pekerja) adalah salah satu daripadanya. Beliau berkata, pada Mei 1, ada dua kumpulan yang biasanya mengadakan Sambutan Hari Pekerja. Yang pertama ada Jawatankuasa Mei 1 yang mengadakan sambutan ini sejak tahun 1994 manakala kumpulan kedua adalah MTUC. Mei 1 tahun ini memfokuskan Cukai GST kerana ia akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah dan pekerja.

Dr. Hatta menyeru rakyat harus turun pada Mei 1 dan membantah perlaksanaan Cukai GST. Sebelum ini Gabungan PROTES telah menangguhkan Perhimpunan Bantah Cukai GST di hadapan Parlimen yang dijadualkan pada 15 Mac apabila Kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-Undang GST. Kini, sebagai menyahut seruan Kerajaan yang mahukan maklumbalas rakyat terhadap GST, Perhimpunan Aman akan diadakan pada Mei 1 untuk menyuarakan pandangan rakyat.

No comments: