ShareThis

Monday, April 19, 2010

11 April - Ldg Connemera - sunyi dan sepi

Hujan lebat dan ketidakpastian meliputi expedisi kami ke Ladang Connemera yang menuruh kerajaan Negeri Selangor dalam projek penukaran gunatanah dari pertanian kepada pembangunan. Misi kami adalah untuk mengenalpasti berapa orang yang masih menetap disana dan jika berlaku pembangunan di kawasan tersbut, samada ia akan memberi kesan kepada para pekerja disana.

Ladang ini terletak dikawasan terpencil dan setelah mengikut jalan tanah, akhirnya kami berjumpa dengan papantanda ke ladang tersebut dan kemudiannya kami terjumpa kuil dan rumah-rumah para pekerja.

Tinjauan mendapati hanya ada seorang pekerja tempatan sahaja yang juga menguruskan kedai dan kuil disana. pekerja lain semuanya adalah pekerja migran yang bekerja sebagai pekerja checkroll dan pekerja kontrek.

Nampaknya ladang yang masih mempunyai pokok kelapasawit yang masih muda akan dibangunkan secara berperingkat walaupun tidak ada sebarang tanda bahawa ia akan dibangunkan dalam masa terdekat.

No comments: