ShareThis

Saturday, March 27, 2010

9mac 2010 JMC Pangsapuri Kampung Baru Semenyih boleh bergerak

Hari ini satu mesyuarat telah dipanggil di MPKj Bahagian COB antara pihak Jawatankuasa Penduduk Pangsapuri Kampung Baru Semenyih dengan PKNS. Saya turut dijemput sebagai pihak orang tengah untuk menyelesaikan masalah ini. Dalam mesyuarat tersebut, pihak penduduk meminta pihak PKNS selaku pemaju untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi seperti membaiki tangki air, keretakan dan sebagainya.

Pihak PKNS setuju dan sementera itu, kedua pihak setuju supaya migrasi meter air dibuat. Selain itu, PKNS juga akan menyumbang sedikit wang kepada setiap penghuni melalui JMC sebagai satu lagi bantuan untuk membolehkan JMC bergerak dengan lebih teratur.

Dengan adanya mesyuarat hari ini, JMC selepas ini boleh bergerak tanpa kelewatan lagi. Semua pihak juga membuat akurjanji dihadapan COB untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing.

No comments: