ShareThis

Wednesday, March 3, 2010

28-2-10 Pekerja Ladang Denudin mahu rumah di kawasan mereka




Seramai 18 keluarga menetap di ladang Denudin di Batu 3, Jalan Bangi. Hari ini lawatan kami ke ladang ini adalah untuk mengetahui samada penduduk disana mahu perumahan di Kawasan Semenyih atau mahu terus berjuang untuk perumahan di kawasan mereka. Majoriti mahu terus menuntut perumahan di tempat yang mereka duduk sekarang. Selain daripada itu, mereka juga membuat aduan mengenai banyak masalah berkaitan dengan keadaan rumah masa kini yang teruk dan tidak diperbaiki. Kami mencadangkan para pekerja menulis secara hitam putih masalah mereka dan memberi tempoh masa untuk majikan mereka membalas kerana ia adalah pengurus baru di ladang ini.

No comments: