ShareThis

Wednesday, March 3, 2010

19 Februari - Mesyuarat Khidmat Bandar bincang isu Glopadu

Isu Glopadu ini telah sekian lama diungkitkan oleh saudara Hamzah dalam blog ini. Saya juga telah membawa isu ini kepada pihak Jabatan Alam Sekitar peringkat Hulu langat dan juga peringkat Negeri. Hasilnya ada beberapa perkembangan baru dimana saya akan memuatkan Jawapan yang kami terima dari Jabatan Alam Sekitar tidak berapa lama lagi.


S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791

11 Februari 2010

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG FEBRUARI I 2010


Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Pencemaran Sungai Lallang oleh kilang Glopadu

• Sebuah kilang bernama Glopadu yang terletak di Lot 3866, Jalan Sg Lalang, Pekan Batu 23, 43500 Semenyih, sering menjalankan aktiviti-aktiviti pembakaran sisa-sisa plastik secara haram dan bahan kotoran daripada kilang tersebut disalurkan terus ke Sungai Lalang yang terletak di belakang kilang tersebut. Masih belum menerima maklumbalas aduan saya bertarikh 6 Januari 2010.
• Selain itu baru-baru ini ada beberapa kali aduan pembakaran secara terbuka sisa-sisa kilang telah dilaporkan dan pihak Penguatkuasa juga telah pergi ke tempat tersebut iaitu dekat dengan kilang IB Sofa.
ii. Sri Tanjung

• Isu semak samun di Jalan 20 Taman Sri Tanjung yang tidak dipotong untuk sekian lama

iii. Taman Cheras Perdana Ria

Sampah pukal diluar Apartmen Taman Cheras Perdana Ria tidak dikutip untuk bulan Januari 2010. Sebelum ini sampah ini dikutip setiap bulan sekali.


iv. Taman Tasek Kesuma


• Kilang Papan yang semakin besar ditepi Jalan Persimpangan Taman Tasek Semenyih dimana terdapat aduan habuk kepada penduduk sekitar. Mohon menyemak status kilang tersebut.
• Di Jalan TTS 6/8, ada aduan mengenai rumah No 1 dimana ia menjadi tempat menyimpan barangan lusuh, besi buruk dan terpakai dan menarik nyamuk dan sebagainya dan rumah No 3 dimana ia menjadi tempat menyimpan kotak-kotak terbuang dan senang untuk terbakar. (Pengadu 014-2323201)
• Aduan bahawa penggutan sampah di Jalan TTS 6/10 dan lain-lain kawasan di Jalan 6 hanya dibuat seminggu sekali dan bukan 3 kali seminggu (Pengadu 017-2039961)

v. Pelangi Semenyih

• Meminta laporan penangkapan anjing liar di kawasan Pelangi Semenyih (Pengadu -0123001962)

vi. Bandar Rinching

• Aduan diterima pada 10hb. Februari bahawa sampah belum dikutip selama satu minggu.


Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,



S. Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: