ShareThis

Saturday, March 27, 2010

13 hingga 16 Mac - Kem Cuti Sekolah PSM





Sempena dengan cuti sekolah, Pemuda PSM telah menganjurkan Kem Cuti sekolah PSM selama 4 hari. Program ini dijalankan di Sukida Resort, Semenyih dari 13-16hb Mac 2010. Seramai 52 orang termasuk kordinator Pemuda Sosialis dan komrad dari Sweeden menghadiri kem ini. Program ini merupakan program tahunan untuk Pemuda Sosialis PSM. Saya sempat menghadirkan diri sekejab untuk memebrikan sokongan kepada programa anjuran pemuda kita.

Tema tahun ini ialah Kempen Pendidikan Percuma – satu analisa sosialis.Seperti biasa konsep pratikaliti (lawatan ke kampong masyarakat tertindas), teori ( ideologi sosialis) dan perancangan akan menjadi intipati kem. Penyertaan dari anak muda semua cawangan PSM seluruh Malaysia (Sg Siput, Subang, Semenyih, Port Klang, Bangi, Kajang, Ampang, Johor) menghidupkan semangat solidariti dan perjuangan di kem ini.

Kem ini diharapkan untuk menjadi satu perjalanan dalam menyediakan satu masyarakat yang berani dan berjuang untuk kesaksamaan di bumi Malaysia

No comments: