ShareThis

Monday, January 25, 2010

30-12-09 Mesyuarat Full Council MPKJ

PERKARA YANG DIBANGKITKAN DALAM MESYUARAT PENUH AHLI MAJLIS 30 Disember 2009 oleh S.Arutchelvan

PERKARA YANG DIBANGKITKAN:-



1. Adakah MPKj mempunyai satu senarai nama kontraktor yang disenarai hitamkan dan sebab mereka disenarai hitamkan. Sila kemukakan senarai tersebut, semasa Ahli majlis diminta memberikan cadangan kontraktor untuk projek RM 100 ribu, apakah kriteria yang telah diguna pakai untuk memastikan kontraktor itu adalah terbaik dan paling layak?

2. Taniah kerana MPKj mendapat 4 star dalam penilaian kementerian Perumahan. Apakah perkara-perkara yang dipantau dalam penilaian tersebut?

3. Adakah pihak perancang MPKj menilai sesuatu kawasan samada ia sesuai untuk tapak rumah ibadat sebelum ditawarkan? Apakah perkara-perkara yang diambil kira?

4. Adakah kita mempunyai indek kemiskinan dikawasan MPKj. Berapa ramaikah penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegap dan berapa ramai yang dikategorikan sebagai miskin?

No comments: