ShareThis

Tuesday, November 3, 2009

30 Oktober - Surat bantahan terhadap Polis Kajang


Pada awalnya kami bercadang membuat aduan polis terhadap IPD Kajang tetapi kemudian mengambil keputusan untuk menghantar surat bantahan kepada Menteri Dalam Negeri, IGP, BPA dan sebagainya.

Surat kami adalah seperti berikut:

MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK ZON 18
D/A 26A, Tingkat 1,Jalan Pasar Baru Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor.
Tel :03-87230154 Fax: 03-87374772


30 Oktober 2009

1) Y.B. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Menteri Dalam Negeri
Pejabat Menteri,
Blok D1 & D2, Kompleks D
Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan
62546 Putrajaya

2) Tan Sri Musa Hassan
Ketua Polis Negara,
Tingkat 21, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman,
50560 Kuala Lumpur.

3) Ketua Polis Negeri Selangor
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Polis Diraja Malaysia
40000 Shah Alam
Selangor

4) Tuan ACP Sakaruddin
Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang
Polis Diraja Malaysia
43000 Kajang
Selangor

5) Y.Bhg. Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Judin Bin Abdul Karim
Ketua Pengarah Kerja Raya
Pejabat KPKR, Tingkat 5, Blok F Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sultan Salahuddin 50582 Kuala Lumpur

6) Ir Kamil Ouat Bin Nil,
Pengarah, Jabatan Kerja Raya Selangor,
Tingkat 1, Bangunan SSAAS,
40582, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

7) Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 6, Blok B1,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putra Jaya.

Yang Berhormat, Yang Berbahagia, Tuan

ADUAN :
MENJALANKAN TUGASAN SECARA PROFESYENAL DAN MESRA RAKYAT
Pengajaran semasa memberi memorandum kepada Jurutera Daerah, JKR HulU Langat


Kami dari Majlis Perwakilan Penduduk Zon 18 (Semenyih) ingin mengutarakan rasa tidak puas hati kami terhadap tindakan pihak polis dari IPD Kajang semasa satu upacara memberi memorandum kepada JKR Hulu Langat pada 29 Oktober 2009.

Pada 29 Oktober 2009, kami telah bercadang untuk menyerahkan satu memorandum kepada pihak JKR Hulu Langat berkenaan isu lampu jalan di Semenyih. Kami telah menghantar satu surat kepada Jurutera Daerah Hulu Langat memaklumkan mengenai penyerahan memorandum tersebut melalui surat dengan tangan. Oleh yang demikian, program ini bukannya satu program di luar dugaan. Pihak JKR pun tidak menghubungi kami untuk memberi sebarang syarat atau menukar tarikh temujanji kami.

Wakil-wakil penduduk dari taman perumahan di Zon 18 telah hadir ke program ini untuk mengutarakan sendiri masalah yang mereka hadapi. Kami ingin menyerahkan memorandum dan mengadakan perbincangan dengan Jurutera JKR. Jumlah kehadiran Ahli MPP adalah dalam lingkungan 25 orang.

Sehari sebulan acara, saya telah dihubungi oleh pegawai Cawangan Khas, Encik Lim yang meminta satu temujanji untuk berjumpa dengan Ketuanya DSP Abdullah. Saya tidak lapang tetapi jika terdesak , saya sedia berjumpa pada jam 10malam. Encik Lim juga tidak bertanyakan apa-apa tentang sebarang isu dan berkata jumpa pada hari lain. Saya kemudian dihubungi oleh seorang lagi anggota cawangan Khas dimana saya telah memaklumkan bahawa kami hanya akan datang untuk hantar memorandum dan mengadakan perbincangan dengan JKR. Saya juga mengatakan kami tidak berhasrat mengadakan sebarang demonstasi apabila ditanya. Saya memang telah bekerjasama. Namun tidak ada sebarang pegawai tinggi Polis yang menghubungi saya.

Kami berkumpul di bus stop di hadapan bangunan bersebelahan JKR dan apabila kebanyakan delegasi kami sudah sampai, kami berjalan di tepi jalan menuju ke bangunan JKR.

Namun kami mendapati pihak polis dari IPD Kajang yang diketuai oleh Tuan Toha (Timbalan KPD) telah berkelakuan keterlaluan dan menghalang kami dari menyerahkan memorandum ini secara teratur. Tindakan Beliau terbukti telah menjadikan satu acara yang ringkas menjadi huruhara apabila polis yang sepatutnya menjaga keamanan seolah-olah bertindak seperti menimbulkan suasana kecoh kepada delegasi kami yang hanya memegang kertas memorandum sahaja.

Kami ingin membangkitkan beberapa perkara di sini supaya insiden ini tidak berlaku dan pihak kementerian, Biro pengaduan Awam dan Pucuk Pimpinan Polis sendiri boleh belajar dari pengalaman kami dan membuat penilaian dan mengambil langkah-langkah perlu supaya tindakan aman seperti penyerahan memorandum yang biasa berlaku disebuah negara yang maju seperti Malaysia tidak bertukar buruk kerana polis dilapangan gagal menggunakan budibicara dan “misjudgement”:

Kami ingin mengutarakan perkara berikut:

1. Kehadiran polis yang begitu ramai hanya menimbulkan suasana yang tegang seolah-olah satu masalah besar berlaku di Kajang. Ini juga membazir tenaga anggota polis yang lebih diperlukan untuk membanteras jenayah. Sudah memadai polis menghantar beberapa anggota Cawangan Khas untuk memantau program ini. Kami rasa ini timbul kerana kegagalan pihak risikan mendapat maklumat yang betul. Risikan yang salah biasa membawa kepada tindakan yang salah.

2. Jalan di persimpangan berhampiran Hospital Kajang telah ditutup tanpa alasan yang munasabah. Ini hanya menyebabkan kesesakan lalulintas dan menganggu orang-orang yang berkunjung ke hospital. Kami melihat perkara ini secara serius kerana kehadiran kami yang begitu sedikit dan tanpa sebarang aktiviti di tepi jalan tidak memerlukan jalan utama kajang ini ditutup. Ini sekali lagi adalah kegagalan polis di lapangan “Ground Command” untuk membuat pertimbangan yang wajar.

3. Pihak polis yang hadir terutamanya Tuan Toha tidak memberi ruang langsung untuk kami melaksana tugas kami untuk menyerah memorandum. Pihak polis sepatutnya bersikap neutral dan hanya menjaga keselamatan awam. Tetapi Tuan Toha bertindak mengugut kami, menekan wakil yang hadir. Beliau sepatutnya menggunakan budi bicara dan berfikiran waras semasa menjalankan tugas. Beliau juga menolak dan tindakan beliau memang satu bentuk “harassment” yang tak munasabah. Apabila ditanya, beliau pula mengatakan ini adalah arahan dari Bukit Aman.

4. Selain daripada itu, beliau langsung tidak bersikap berkecuali seperti yang biasa dilakukan oleh pegawai Polis yang profesyenal yang pernah kami lihat di tempat lain. Tuan Toha juga telah masuk campurtangan apabila kami berurusan dengan pihak JKR. Pihak JKR yang pada mula bersetuju untuk menerima memorandum terasa begitu tertekan dan tidak mahu mendengar pandangan wakil MPP yang hadir. Ini merupakan satu tindakan yang cukup tidak professional oleh seorang pegawai tinggi. Dari pespektif kami, Jurutera Daerah begitu rasa tertekan kerana beliau sering diberi arahan yang tidak munasabah oleh Tuan Toha. Tuan Toha juga tidak membenarkan kami mengutarakan isu kami kepada Jurutera Daerah dengan selesa. Ini adalah tidak bersikap adil kepada kami seperti cogankata PDRM.

5. Tuan Toha juga tidak membenarkan kami memberikan penjelasan masalah kami kepada pihak media yang hadir. Malah beliau terus mengambil pembesar suara dan memberikan arahan bersurai.

Oleh itu kami berpendapat:

1. Tindakan polis di atas amat keterlaluan dalam suasana tidak apa yang memudaratkan berlaku. Wakil yang hadir hanya mahu menyampaikan masalah jalan raya yang mengakibatan kemalangan termasuk kemalangan maut, kes ragut dan kecurian kerana tiadanya lampu. Keadaan yang aman telah menjadi tegang kerana tindakan polis.

2. Kehadiran polis yang begitu ramai dan sekatan jalan adalah satu tindakan yang tidak munasabah. Kami mencadangkan anggota polis harus menggunakan tenaga kerja dengan lebih berkesan. Ini termasuk unit perisikan yang kami rasa telah memberikan maklumat yang salah.

3. Kami juga berpendapat adalah baik jika IPD yang tidak biasa dengan program berhadapan dengan isu seperti ini belajar dari pihak polis lain misalnya dari Putrajaya. Pengalaman kami menyerahkan memorandum mengenai masalah rakyat di beberapa agensi Kerajaan di Putrajaya menampakkan polis di Putrajaya lebih matang dan lebih professional.

4. Kejadian ini disiasat dan tindakan yang sewajarnya harus diambil agar imej pihak polis tidak terjejas di kalangan orang ramai.


5. Kami juga difahamkan bahawa kerana polis sendiri tidak boleh memberi satu alasan yang rasional atas tindakan mereka, kini mereka cuba memesong cerita dengan berkata ada perarakan dan sebagainya. Kami percaya gambar-gambar dan video yang diambil oleh polis dan wartawan boleh memberikan satu gambaran yang lebih jelas.

6. Akhirkata walaupun kami faham pihak JKR tertekan kerana tingkahlaku polis tetapi adalah tanggungjawab mana-mana Jabatan Kerajaan untuk bersikap terbuka untuk menerima memorandum daripada rakyat bermasalah dan memberi ruang yang cukup untuk rakyat meluahkan pandangan mereka.

7. Jika JKR mempunyai sebarang syarat tentang jumlah kehadiran atau tarikh, maka mereka sepatutnya menghubungi kami. Dengan tidak berkomunikasi balik dengan kami bererti pihak JKR tidak ada sebarang halangan untuk kami menyerahkan memorandum ini.

8. Kami berharap perkara (6) ke (7) diambil perhatian oleh pihak atasan JKR supaya masyarakat lain yang datang ke Pejabat JKR tidak dimangsakan.

Sekian saya sedia berkerjasama jika ada pihak yang ingin membuat siasatan lanjut atau memerlukan kerjasama saya dalam sebarang siasatan. Kami menulis surat ini kerana kami berasa adalah tanggungjawab kami sebagai warga yang baik untuk mengutarakan perkara yang perlu diperbaiki kepada pihak-pihak yang relewan.
Sekian Terima Kasih

Bagi pihak MPP Zon 18,

S.Arutchelvan
Pengerusi MPP zon 18
No telepon – 019-2537791

No comments: