ShareThis

Tuesday, November 3, 2009

25 Okt 09 - Deepavali disambut kawasan termiskin Ladang Abaco









Tahun ini sambutan Deepavali tidak diadakan di Dewan tetapi diadakan di kawasan ladang yang antara termiskin di Selangor iaitu di Ladang Abaco yang terletak dekat dengan Pekan Beranang.

Sambutan yang sederhana tetapi cukup bermakna ini dihadiri oleh masyakarat keseluruhan ladang Abaco dan pemimpin-pemimpin Penduduk kawasan sekitarnya.Turut bersama memberi sokongan adalah Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli dan ADUN Kajang, Sdr. Cikgu Lee. Turut sama juga adalah Ahli Majlis Ong dan Shamsul.

Dalam ucapan saya, saya melahirkan rasa terkejut bahawa hanya 3 keluarga sahaja yang dikatakan layak mendapat bantuan kebajikan dari kerajaan di ladang ini. Selain itu, ramai ibubapa yang terasa tertekan kerana terpaksa membayar RM40 yuran sekolah untuk seorang anak. Kita harus menangani isu ini.

Sambutan ini juga penuh dengan tarian dan nyanyian disiling dengan ucapan. Sambutan ini membawa sedikit kesenangan dan kesenyuman di muka masyarakat yang amat daif ini. Namun ada banyak lagi yang perlu dibuat untuk meningkatkan taraf hidup mereka,

No comments: