ShareThis

Sunday, November 22, 2009

18-11-2009 Mesyuarat Khidmat bandar - saya kemukan isu 4 kawasan

S. Arutchelvan
Zon 18, No 12, Tingkat 3, Jalan 5/12,
Bandar Rinching,
43500 Semenyih.
Tel: 019-2537791

18 November 2009

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG NOVEMBER 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Bandar Rinching


• Pembuangan sampah merata-rata tempat di jalan 1/6C Bandar Rinching depan Sekolah rendah dan juga empat permainan kanak-kanak pula menjadi tempat membuang sampah (Pengadu 013-3917784)
• Longkang digali disekeliling padang permainan Sek 1, bandar Rinching terbiar selama 4 tahun. Dipenuhi air, tiada pengaliran air dan banyak nyamuk. (Pengadu 016-2469141)
• Longkang dibelakang rumah Jalan 1/5, Seksyen 1, bandar Rinching tersumbat dab aliran air tersekat, berbau dan banyak nyamuk (017-3728281)

ii. Kampung Sireh


Pemilik lori sampah selalu parking lori dengan memenuhi sampah di kawasan perumahan yang menimbulkan bau dan pencemaran kepada penduduk. (Pengadu – 012-6305352)

iii. Taman Manikavasagam

• Longkang tidak dibersihkan, Jalan 1, Taman Manikavasagam (016-6186391)
• Sisa Longkang di belakang baris kedai tidak dikutip

iv. Kayangan Apartment, Kajang Utama

Jalan 3/10, Kayangan Apartmen di Kajang Utama, langkang sampah teruk di taman permainan (Santhi 012-3195429)

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih

Yang benar,



S. Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: