ShareThis

Monday, October 5, 2009

27 September – Misi meninjau ladang di Bagan Pinang




Ini adalah antara laporan yang dibuat ekoran peninjauan di ladang-ladang di Bagan Pinang.

Hari ini seramai 7 orang aktivis PSM telah turun padang melihat keadaan ladang-ladang di DUN Bagan Pinang. Keempat-empat ladang tersebut adalah Ladang Salak (Atherton), Ladang Bradwall, Ladang Siliau dan Ladang Sua Betong bersama divisionnya Ladang Sungai Ujong. Kesemua ladang ini mempunyai masalah yang ketara.

Kami memulakan perjalanan ke Ladang Bradwall. Di sini, kami mendapati MIC telahpun memasuki ladang tersebut dan mereka juga telah membuat Bilik Gerakan. Kami telah berjumpa dengan penghuni ladang dan kami mendapati Ladang Bradwall sahaja mempunyai 451 undi, tetapi hanya 130 pengundi sahaja tinggal di sana. Yang lain telah berpindah.

Selepas Ladang Bradwall, kami menghala ke Ladang Salak (Atherton). Di sana kami telah berjumpa dengan Ramesh seorang pekerja ladang dan juga merupakan penyokong Pakatan Rakyat. Menurut beliau, Ladang Atherton merupakan kubu kuat PR. Kami telah memberikan beberapa risalah supaya diedarkan. Di Ladang Atherton, Penyokong Cawangan PAS Tampin telah bersama kami ke ladang seterusnya.

Perjalanan kami diteruskan ke Ladang Sungai Ujong yang merupakan division kepada Ladang Sua Betong. Walaupun tidak ramai pengundi yang tinggal, namun kami dapati terdapat kes-kes kebajikan yang perlu diuruskan. Saya telah bertemu dengan seorang pengundi wanita tua yang tidak mempunyai keluarga sendiri kecuali seorang abang yang sakit. Wanita ini telah dihentikan kerja dan tidak mempunyai pendapatan. Wanita ini yang bernama Valiammah dengan terus terang memberitahu dia akan mengundi kepada pihak yang menolong mendapatkan bantuan kepadanya. Dari sini kami pergi ke Ladang Sua Betong. Kami dijemput dengan bendera-bendera Gerakan dan BN.

Dari lawatan ini kami mendapati kesemua ladang ini mempunyai masalah yang sama iaitu 1. Ramai penghuni ladang telah berpindah ke kawasan baru. Hanya tinggal beberapa penguni dan lainnya merupakan pekerja asing. 2. Gaji yang rendah. Selama 52 tahun di bawah pemerintahan BN, pekerja ladang masih mendapat gaji di bawah paras kemiskinan. Di ladang yang kami lawati, pekerja masih mendapat gaji RM 300.
3. Ramai warga ladang telah dihentikan dan diberi kerja kepada pekerja asing. Di mana, gaji pekerja asing lebih murah. 4. Masalah pengangkutan awam. dll

Kami dari PSM berharap, kerja-kerja membantu rakyat mesti diteruskan walaupun PR kalah atau menang.

Salam Perjuangan,

Nithiyavani
10.50pm 27 September 2009

No comments: