ShareThis

Wednesday, September 23, 2009

14 September - Mesyuarat Perkhidmatan Bandar

Saya baru memasuki Jawatankuasa Perkhidmatan Bandar. ia memang merupakan satu Jawatankuasa yang mencabar kerana kita berdepan dengan isu pembersihan seperti isu pembersihan longkang, sampah dan parit. Mesyuarat kami ini banyak tentang isu kontrakter sampah. Ahli Majlis menyarankan 5 kontrakter yang paling tinggi aduan terhadap mereka mesti dibuang manakala Alam Flora pula mengatakan bahawa proses pembuangan mereka bukan secara serta merta. Ini menimbulkan persoalan bahawa siapakah lebih berkuasa? MPKJ -kerajaan Tempatan atau Kontrater sampah Alam Flora.

Dibawah adalah soalan bertulis yang saya kemukakan dalam mesyauarat kali ini:

10 September 2009

Kepada,
Dato Hasan Nawani B Abdul Rahman,
Yang Di Pertua,
Majlis Perbandaran Kajang, Tingkat 7B.
Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih off Jalan Semenyih,
43000 Kajang, Selangor D.E
(UP-Haji Arshad Bin Haji Salleh, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan)

Tuan,

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL PERKHIDMATAN BANDAR, MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini.

i. Rumah kosong terbiar menimbulkan kacau ganggu
Saya sudah membuat aduan isu rumah kosong terbiar di Bandar Rinching, Taman Manikavasagam, Taman Sri Tanjung dan Taman Tasik Kesuma yang menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk sekeliling. Setakat ini tidak ada sebarang maklum balas tindakan yang telah diambil. Sila berikan saya apakah tindakan yang telah diambil berdasrkan aduan ini dan apakah prosider perlaksanaan tindakan ini dan berapa lamakah sesuatu tindakan ini akan mengambil masa

ii. Taman Bukit Semenyih
Disebelah kanan jalan masuk ke Taman Bukit Semenyih dipenuhi dengan semak samun dan ia tidak dibersihkan walaupun ada aduan sebelum ini. Ini telah menimbulkan berlaku banyak kecurian dan banyak aduan diutarakan oleh penduduk disana semasa sesi dialog.

iii. Taman Manikavasagam
Tanah koperasi dekat Jalan 4 dan 5 dipenuhi dengan semak dan bersebelahan dengan Padang. Ini menimbulkan tempat sesuai untuk pembaikan nyamuk dan ular yang menjadi satu isu di kawasan ini
-
iv. Broga
Penelitian kami tempoh hari mendapati longkang nampaknya tidak pernah dibersihkan untuk bertahun-tahun. Aduan sudah diberitahu kepada Pengawas.

v. Taman Cheras Perdana Ria

Di Lot 266 sampah tidak dikutip, menyebabkan penduduk disekitar kawasan ini membuang sampah mereka di kawasan apartment Taman Cheras Perdana Ria. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pehuni yang menetap di apartment ini.


vi. Kg. Sirih
Aduan bahawa pihak pemunggut sampah tidak mengutip sampah disebuah rumah kedai walaupun semua tempat lain di kampung ini sampah dikutip.

Saya amat mengharapkan mendapat maklumbalas mengenai perkara-perkara yang diutarakan.

Sekian Terima Kasih


Yang benar,


S. Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: