ShareThis

Saturday, August 29, 2009

22 Ogos 09 DEMA - 10 tahun dalam perjuangan






Saya menghadiri upacara sempena ulang tahun ke-10 pertubuhan DEMA (Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia). Program ini diadakan dalam sebuah bilik di Sekolah Menengah Confusion di Kuala Lumpur. Pada awalnya saya menjangkakan ramai orang akan hadir dan dapat berjumpa dengan pemimpin-pemimpin DEMA untuk sepuluh tahun tetapi hanya lebihkurang 30 orang yang hadir dan ramai yang orang baru.

Saya memang mengikuti perkembangan DEMA denagan dekat dan pernah dirujuk oleh pemimpin-pemimpin mereka dari masa ke semasa. Jarang saya menolak pelawaan mereka kerana saya merasakan mereka adalah satu komponen penting dalam perjuangan kita.

Namun satu diskusi yang menarik juga diadakan mengenai Perjuangan DEMA dalam 10 tahun. Para Ahli Panel adalah Sdr. Lee Khang, Chee Fatt dan Neow Ti Hooi . Antara isu yang menarik perhatian saya ialah isu recruitment ahli dan persoalan samada menyokong Pakatan rakyat atau menjadi kuasa ketiga.

Saya juga membuat sedikit ulasan dalam program ini dimana saya mengatakan DEMA sering mengeluarkan antara aktivis yang paling baik di Malaysia dan peranan DEMA terus penting untuk gerakan perjuangan negara kita. Saya amat berharap DEMA satu-satunya GERAKAN Pelajar yang progresif masa kini akan terus memainkan peranan mereka dalam membesarkan organisasi dan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa negara kita.

No comments: