ShareThis

Friday, August 21, 2009

19 Ogos - Mesyuarat Infra ada perkembangan positif

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa kecil Infrastruktur dan lalulintas MPKJ, saya memang naik marah dengan JKR kerana masih tidak dapat memberikan satu alasan yang munasabah mengapa Jalanraya antara Semenyih dan Bandar Rinching tidak ada lampu jalan. Saya juga mendapat syor bahawa penurapan jalan di Bandar Rinching Seksyen 1 hingga 4 akan dimulakan tidak lama lagi dan akan diberitahu kepada kami pada akhir bulan ini.

Dibawah adalah soalan bertulis saya untuk mesyuarat kali ini.

19 Ogos 2009 DENGAN FAX/TANGAN

Kepada ,
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Kajang,
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih,
Off Jalan Semenyih, 43000 Kajang
(UP - Fadilah Binti Razalli,Pemangku Pengarah,Jabatan Kejuruteraan,)

ADUAN UNTUK DIUTARAKAN DI MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL INFRASTRUKTUT DAN LALULINTAS MPKJ BAGI BULAN OGOS 2009

Saya ingin mengutarakan beberapa permasalahan dan isu yang telah dibawa kepada perhatian saya. Ada diantara aduan ini pernah diutarakan sebelum ini

i) Memerlukan satu “island” di Jalan Besar, Semenyih

• Setelah kita memasuki jalan besar di pekan Semenyih, ia menjadi pelik di hujung jalan semasa menghampiri jalan dihadapan pasar Semenyih.
• Memerlukan satu pulau tiga segi untuyk menyenangkan orang ramai melintas jalan

ii) Tembok penghalang – Taman Cheras Perdana Ria


• Aduan bahawa penduduk Pangsapuri terpaksa melihat kubur setiap hari kerana tidak ada tembok untuk menutup permandangan yang bagi penduduk mengerunkan

iii) Longkang pecah di Gerai hadapan Padang Semenyih

• Tidak ada tempat untuk air mengalir keluar kerana longkang pecah dan hanya benteng dibina
• Lokasi gerai adalah hadapan padang Semenyih, mengadap sekolah Sin Ming.

iv) Pekan Semenyih ke Bandar Rinching – Isu lampu

• Memandang serius tiada lampu sepanjang jalan besar
• Jalan selepas Tesco sehingga Bandar Rinching Seksyen 5 juga gelap dan tiada lampu

v) Penurapan Jalan – Bandar Rinching Seksyen 4

• Keselutuhan jalan di Seksyen 4 Bandar Rinching memerlukan diturap semula
• Teruk sekali jalan tersebut


Sekian Terima Kasih

S.Arutchelvan
Ahli Majlis

No comments: