ShareThis

Friday, August 21, 2009

13-8-2009 - Menerima watikah Ahli Majlis dari MB Selangor


Hari ini Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Negeri Selangor diberikan surat watikah perlantikan oleh Tan Sri Khalid- Menteri Besar Selangor. Tempoh pelantikan adalan untuk setahun sehingga bulan Julai tahun depan. Hampir 80% Ahli Majlis lama dikekalkan. Bagi MPKJ hanya seorang sahaja Ahli Majlis ditukar iaitu Sdr. Ali Hanapiah manakala Sdri. Carmen telah meletak jawatan. Bagi Ahli Majlis PSM, kami akan memulakan satu kempen untuk mendesak kerajaan Negeri Selangor mengadakan Pilihanraya Kerajaan Tempatan untuk membolehkan rakyat memilih Ahli Majlis mereka sendiri. dengan cara ini, amalan pilihkasih dan rasuah dapat diatasi.

1 comment:

hhs said...

Bagus tuk Sdr Hanapiah diganti...harap Ahli MPKJ yg ganti Sdr Hanapiah tidak ikut jejak Sdr Hanapiah(menyokong dan melindung kilang2 haram yg mencemar Alam Sekitar).

Dah saya cakap, pihak yg menyokong (secara langsung atau tidak) Pencemaran Alam Sekitar patut di kutuk dan dihina.

Adalah tanggung jawab kita bersama utk membanteras Pencemaran Alam Sekitar masa kini supaya generasi akan datang tidak hidup merana.

Terima Kasih