ShareThis

Tuesday, July 7, 2009

4 Julai 2009 - Masa untuk bela nasib sendiri - Trajedi Penduduk Flat Taman Permata, Dengkil





Mereka pernah hidup dan tinggal di kawasan yang kini dikenali sebagai Putrajaya. 4 buah ladang iaitu Ladang Prang Besar, Ladang Galloway Dengkil, Ladang Sedgeley dan Ladang Madingley terpaksa memberi laluan kepada projek raksasa Putrajaya tetapi mereka pula dipindahkan kesebuah flat 5 blok di Dengkil yang kini mereka rasakan seperti neraka. Dulu mereka diberitahu bahawa tidak ada projek kos rendah di Putrajaya dan kononnya Putrajaya hanya untuk orang berada dan ada prestij. Ia tidak boleh dicemarkan dengan masyarakat pekerja ladang yang hidup dalam kesusahan. Mereka dipindahkan secara tergesa-gesa oleh MIC dan parti-parti lain. Pelbagai tipu helah diguna dan hari ini rata-rata penduduk berasa frust dan mula membentuk jawatankuasa sendiri untuk membela nasib mereka sendiri.

Mereka bosan dengan pemimpin yang hanya manis dibibir. Mereka mahu perubahan.

Mereka didorong dan dibantu oleh Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT). Hari ini mereka membentuk jawatankuasa mereka sendiri melalui satu pilihanraya terbuka dan kemudian telah membuat pilihan referundum tuntutan mereka. Mereka selepas ini akan membawa tuntutan mereka kepada pihak kerajaan negeri Selangor.

No comments: