ShareThis

Saturday, July 4, 2009

2 Julai 09- Melawat Kampung Buah Pala

















Saya dan Timbalan Pengerusi M.Saraswathy mengetuai satu delegasi melawat Kampung Buah Pala di Pulau Pinang untuk mengetahui masalah sebenarnya. Hasil lawatan dan perbualan dengan penduduk membuatkan kami membuat rumusan berikut :

1. Dari aspek keadilan asasi, Peneroka dan Orang Kampung Buah Pala memang mempunyai hak sepenuhnya terhadap tanah itu dan mereka sungguh dan berazam mempertahankannya. Fakta-fakta sejarah dapat membuktikan kewujudan kampung tersebut dan hak penduduk secara jelas.

2. Sekiranya pengusiran paksa dijalankan ia akan memberi tamparan teruk kepada penduduk yang sangat berazam untuk melindungi rumah, sumber rezeki dan warisan mereka. Kemusnahan rumah mereka akan menunjukkan satu ketidakadilan dan satu pencabulan terhadap hak rakyat untuk hidup sepertimana termaktub dalam perlembagaan Negara Perkara 5.

3. Usia Kampung ini sendiri yang sudah lama, tradisional dan sangat cantik. Ia tidak kelihatan seperti satu kampung setinggan kerana rumah-rumah dibina secara teratur dengan kemudahan asas yang memadai.

4. Tuduhan penduduk tentang berlakunya korupsi, penyelewengan, salahguna kuasa dan rasuah dalam pembelian kampung ini adalah satu perkara yang serious. Penduduk juga telah membuat laporan dengan BPR dan juga SPRM. Kerajaan PR kini juga telah memulakan siasatan terhadap tuduhan ini tetapi belum mengeluarkan laporan lengkap tentang kes rasuah ini.
Setelah meneliti semua perkara ini, PSM berpendirian bahawa:
1. Kita akan membantu penduduk kampung itu jika berlaku sebarang percubaan untuk mengusir mereka secara paksa. Kita akan memobilisasi peneroka-peneroka lain serta pertubuhan lain untuk membantu penduduk kampung mempertahankan hak mereka jika berlaku pengusiran paksa.

2. Kita tidak yakin satu penyelesaian undang-undang dalam isu ini berdasarkan pengalaman kita dalam kes-kes yang lepas dimana mahkamah dan undang-undang sering berpihak kepada orang kaya,nerkuasa dan berada daripada orang miskin. Penyelesaian mutlak untuk persengketan tanah adalah penyelesaian politik. Kita menggesa Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan isu melalui kuasa politik yang diberi oleh rakyat Pulau Pinang kepada mereka dalam pilihanraya lepas.

3. PSM berasa pertikaian dalam kes ini adalah pertikaian kelas di antara pemaju kaya yang telah memperolehi tanah secara haram terhadap penduduk yang telah hidup dan membangunkan tanah ini untuk sekian lama. Kita sedia mengkritik mana-mana kumpulan yang cuba menggemparkan isu ini kepada satu isu perkauman. Kita akan terus memobilisasi rakyat daripada semua lkaum dan agama untuk mempertahankan kampung jika ada satu pengusiran paksa.

4. Sehingga satu siasatan lengkap tentang rampasan tanah secara haram ini siap, kita menyeru Kerajaan Negeri menggunakan kuasa politiknya untuk menghentikan semua pengusiran paksa ini. Selagi keputusan siasatan belum dikeluarkan, pemaju tiada hak untuk meneruskan pengusiran ini. Kita menyeru pihak polis sypaya tidak membantu pemaju untuk melaksanakan satu pengusiran paksa sehingga satu penyelesaian politik diperolehi.

5. Kerajaan Negeri BN sebelum ini adalah punca utama terhadap masalah yang dihadapi oleh penduduk sekarang. Tetapi ini tidak menghalang Kerajaan PR sekarang untuk mencari satu penyelesaian bagi masalah ini.

6. PSM bersedia untuk berkerjasama dengan mana-mana parti untuk mendapat penyelesaian bagi masalah yang sedang dialami oleh penduduk Kg. buah Pala ini.

No comments: