ShareThis

Friday, June 5, 2009

18-20 Mei - Ahli Majlis Kajang ke Pulau Pinang





Setelah beberapa kali ditunda, akhirnya satu rombongan lebihkurang 50 orang terdiri dari Ahli majlis dan Pegawai kanan MPKJ mengadakan program tiga hari di Pulau Pinang dan Seberang Prai. Pada awalnya program ini dicadangkan diadakan di Kuching, Sarawak tetapi Ahli Majlis yang baru membantah kerana ia akan melibatkan kos yang tinggi. Ada yang mengatakan tidak apa kerana sebelum ini, Ahli Majlis MPKJ dibawah BN pergi ke Australia. Tetapi kita protes dan akhirnya mengadakan program di Semenanjung Malaysia sahaja.

Kita ada membuat beberapa perbincangan bernas mengenai isu keselamatan, kebersihan, infrastruktur, landskap dan lain-lain di kawasan kita. Lawatan ke Majlis Pulau Pinang juga amat berfaedah. Ada perkara yang boleh kita belajar. Namun saya juga tidak mengikuti beberapa program seperti bermain bowling dan lain-lain. Saya berpendapat ada banyak perkara lain yang boleh kita baiki di MPKJ untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan perkhidmatan kita.

No comments: