ShareThis

Friday, June 5, 2009

15 Mei - Belajar di Universiti Ladang


Hari ini saya telah mengadakan satu sesi dengan beberapa orang pelajar UKM yang datang ke Ladang Semenyih untuk belajar tentang kehidupan masyarakat ladang. Kumpulan yang datang adalah Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i UKM (JKMI) iaitu satu kumpulan yang diasaskan oleh saya dan kawan-kawan 20 tahun yang lalu.

JKMI mengadakan sesi ini setiap cuti semester Universiti. Semasa dalam program ini, mereka pergi bersama ibubapa ladang untuk memotong buah kelapasawit dan menoreh getah. mereka juga mengajar kanak-kanak ladang dan mengadakan program kebudayaan dan sesi perbincangan dengan ibubapa.

Biasanya Universiti Ladang ini dapat mengisi otak mereka dengan pelbagai ilmu tentang manusia, kehidupan dan keadilan.

No comments: