ShareThis

Friday, April 3, 2009

28 Mac 2009 - Pangsapuri Baiduri. Bila Pemaju nak serah kepada JMB?



Menguruskan Pangsapuri adalah satu masalah yang amat besar. Dalam mesyuarat Penuh Ahli Majlis yang lalu, saya telah menyarankan supaya semua Pangsapuri Kos rendah diuruskan oleh pihak Majlis Tempatan tetapi cadangan saya telah ditolak apabila YDP mengatakan baahwa kita ada undang-undang baru dan memerlukan masa untuk melaksanakannya. Masalah utama adalah banyak pangsapuri kos rendah yang tidak diduduki sepenuhnya dan biasanya ditingkat 4 dan 5, ia hanya kosong atau diduduki oleh pendatang asing atau para penyewa. Ini menimbulkan kutipan penyelenggaran adalah kurang dari 40%. Ini memberi kesan dan cabaran kepada Jawatankuasa yang hendak mengendalikan penyelegaran.

Hari ini saya mengadakan mesyauarat antara pihak Jawatankuasa JMB Pangsapuri Baiduri dengan pihak pemaju Agenda Istimewa untuk membereskan beberapa isu. Isu pokok yang perlu diselesaikan adalah alihan kuasa dari pemaju kepada JMB yang akan ambilalih.

Mesyuarat hari ini dihadiri oleh para penduduk Pangsapuri seramai enam orang dan diketuai oleh Pengerusinya Mohd Mazlan manakala pihak Pemaju diwakili oleh M.Balachandara dan Mohamed Din Che Lah.

Isu pokok yang dibincang adalah penyerahan rasmi oleh pemaju kepada JMB untuk mengambilalih pengurusan penyelenggaran Pangsapuri ini. JMB yang ada kemudian meminta masa dua minggu untuk memberikan tarikh untuk mereka mengambilalih pengurusan JMB.

Turut hadir adalah Pegawai COB MPKJ Encik Norazman Kawari. Mesyuarat juga turut membincangkan isu Penggunaaan Dewan yang kini diberi kepada Persataun penduduk yang telah mengadakan kelas disana.

Mesyuarat memutuskan semua isu pokok akan dibincang setelah Pengurusan penyelenggaran diambilalih oleh JMB. Pada masa yang sama, pihak pemaju juga akan memberitahu bahawa Dewan tidak boleh disewa kerana pihak pemaju pun tidak mengenakan apa-apa kepada Pengendali Kelas agama tersebut. Bagi pihak Majlis, kita berjanji akan memantau supaya pengambalilaihan dari pemaju kepada JMB berlaku secara berkesan. Selain itu , kita juga berjanji akan berbincang untuk menyelesaikan isu sampah yang diutarakan.

JMB mahu ambilalih. Pemaju nak serahkan. Nampaknya tiada masalah. Namun menyelenggara pangsapuri Kos rendah adalah amat susah. Satu mesyuarat susulan akan diadakan setelah kita mengetahui tarikh JMB ambilalih pengurusan penyelenggaran.

1 comment:

AC said...

Well done En Arul. Keep up the good effort.