ShareThis

Friday, April 3, 2009

2 April 2009 - Akses jalan ke Taman Manikavasagam




Pagi ini Pegawai MPKJ dan JKR membuat lawatan tapak ke Taman Manikavasagam. Isu utama adalah aduan penduduk bahawa tidak ada akses jalan ke Taman mereka walaupun ini merupakan taman pertama di kawasan ini. Mariaapan dari JKR mengatakan beliau akan cuba melihat bagaimana membenarkan penggunaaan U turn secara lebih berkesan untuk kenderaaan berat tanpa menjejaskan keselamatan. pada masa yang sama, saya juga telah membawa Pegawai MPKJ Encik Azman dan pasukannya untuk melihat samada kita boleh membuat belokan kanan terus ke Taman Manikavasagam.

Isu lain yang dibincang adalah isu jejantas. Saya juga mengungkitkan isu belok tajam semasa memasuki Taman Rincang. Kedua-dua pihak MPKJ dan JKR akan buat pelan mereka dahulu untuk perbincangan dengan lebih lanjut.

1 comment:

AC said...

Thanks En. Arul. We can really see your effort to make our livinghood for this area better. Keep it up.