ShareThis

Wednesday, February 11, 2009

6 Februari 2009 – Hentikan pembunuhan keatas rakyat Tamil di Sri Lanka.





PSM Semenyih terus terlibat dalam protes di Kedutaan India membantah tindakan India membantu Kerajaan Sri Lanka yang menyerang rakyat tamil di Sri Lanka. Seramai seribu orang menghadiri protes ini. Para penunjuk perasaan amat marah dan mengutarakan kemarahan mereka dengan pelbagai ragam dan gaya. Satu delegasi diketuai oleh Peguam Pasupathi, K.Arumugam, Dr. Ramasamy, Gobind Singh , Manogar dan Manikavasagam menghantar memorandum di kedutaan India.
Perang di Sri Lanka amat runcing dengan situasi dimana Kerajaan Sri Lanka tidak mahu membuat gencatan senjata dan berazam menghancurkan LTTE. LTTE pula dipercayai mempunyai sokongan lebihkurang 250 ribu penduduk Tamil yang terkepung dan terperangkap di kawasan hutan.
PSM berpendirian rakyat yang ditindas mempunyai hak untuk menuntut Negara tersendiri. Justeru itu perjuangan rakyat Tamil menuntut Negara sendiri adalah satu hak yang tidak boleh diperkecilkan.

No comments: