ShareThis

Tuesday, November 25, 2008

Atasi Masalah Banjir di Taman Sri Jelok






Hari ini, Sdr. Arul bersama ahli PSM Sg. Jelok Shanmuganathan dan Saravanan beserta penduduk setempat telah melawat kawasan yang menyebabkan banjir setiap kali hujan lebat di Sg. Jelok. Lawatan tapak ini dihadiri oleh pihak Bahagian Kejuruteraan MPKJ dan JKR.Daripada lawatan tapak. pihak MPKJ diminta memberi memo segera kepada Kontraktor untuk membuat pembersihan longkong. Selain daripada itu Puan Ani dan Komala dari MPKJ juga mengatakan akan meminta peruntukan untuk parit itu dibesarkan. Pihak JKR juga diminta untuk mengambil isu ini secara serius dan membina parit untuk menghindar berlakunya banjir pada masa depan. Isu ini telah diutarakan oleh Sdr. Arul pada bulan Ogos 2008 dan sekali lagi pada bulan Oktober 2008.

1 comment:

kfwong said...

Kawasan ini adalah di Taman Sg Jelok,Kajang dan bukan Taman Sri Jelok dimana kurang/jarang banjir berlaku.