ShareThis

Tuesday, November 25, 2008

Atasi Masalah Banjir di Taman Sri Jelok






Hari ini, Sdr. Arul bersama ahli PSM Sg. Jelok Shanmuganathan dan Saravanan beserta penduduk setempat telah melawat kawasan yang menyebabkan banjir setiap kali hujan lebat di Sg. Jelok. Lawatan tapak ini dihadiri oleh pihak Bahagian Kejuruteraan MPKJ dan JKR.Daripada lawatan tapak. pihak MPKJ diminta memberi memo segera kepada Kontraktor untuk membuat pembersihan longkong. Selain daripada itu Puan Ani dan Komala dari MPKJ juga mengatakan akan meminta peruntukan untuk parit itu dibesarkan. Pihak JKR juga diminta untuk mengambil isu ini secara serius dan membina parit untuk menghindar berlakunya banjir pada masa depan. Isu ini telah diutarakan oleh Sdr. Arul pada bulan Ogos 2008 dan sekali lagi pada bulan Oktober 2008.

Nafas baru untuk Projek terbengkalai Sri Raya




Projek terbengkalai Sri Raya mendapat nafas baru apabila Sdr. Sharif Sungip, ADUN Pakatan Rakyat dan Penyeleras Projek Rumah terbengkalai dibawah Exco Kerajaan Negeri Selangor melawat tapak projek ini pada 24hb. November 2008.Projek ini yang sepatutnya diusahakan oleh Kausar Corporation dan PNSB terbengkalai. Namun para penduduk amat tidak puas hati kerana yang terbengkalai hanyalah rumah kos rendah manakala projek-projek lain naik. Isu ini telah diperjuangkan oleh sebahagian Pembeli rumah Seri Raya dengan kerjasama dan bantuan Parti Sosialis Malaysia cawangan Kajang.Hari ini, Sdr Sevan- aktivis PSM Kajang dan Komarad S.Arutchelvan turut bersama dalam lawatan tapak. Kini Pihak Goldbase Sunrise berminat untuk memajukan projek ini. Para pembeli dijanji apartment di tingkat bawah dengan kos yang sama atau rumah kos rendah dengan kos pembelian lama iaitu pada RM 25,000.Akhirnya setelah lebih 18 tahun, projek ini mendapat nafas baru

Monday, November 24, 2008

Selangkah lagi untuk mendapatkan kunci




Para penduduk Ladang Sungai Rinching yang telah berjuang untuk lebih 14 tahun, semakin dekat untuk memperolehi kunci rumah pangsa. Pinjaman perumahan mereka baru diluluskan dan pada hari ini iaitu 21hb. November 2008, mereka menandatangani perjanjian pinjaman perumahan mereka.

Lawatan Padang ke Sri Tanjung







Ekoran daripada Majlis Perundingan Rakyat (MPR) di Taman Sri tanjung pada 2hb. November 2008, Sdr. Arul telah mengadakan tinjauan dan perjumpaan dengan Jawatankuasa Rukun Tetangga Sri Tanjung pada 20hb. November 2008 dan seterusnya meninjau kawasan sekitar.

Turut hadir adalah Pengerusi PSM Semenyih Sdr. T.Ramalingam, Pegawai MPKJ, Kontraktor dan Pegawai Alam Flora. Lawatan tersebut dapat mengenalpasti isu pembersihan longkang yang tidak dibuat. Selain daripada itu, penduduk turut mengungkitkan isu mengenai "bumper kelajuan", kemudahan dewan, padang bolasepak, pencerobohan taman permainan dan lain-lain.

Pegawai MPKJ dan Kontrakter berjanji akan membersihkan semua longkang di kawasan ini dalam masa 2 minggu.

Friday, November 21, 2008

Rekod kehadiran Sambutan Deepavali DUN Semenyih





Sambutan Deepavali DUN Semenyih mendapat sambutan yang luar biasa. Makanan yang ditempah untuk 800 orang habis sehingga penganjur terpaksa membuat tempahan tambahan sebanyak 200 lagi. Program yang penuh meriah dan bermakna ini turut dihadiri oleh ADUN Kota Damansara dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Sdr. Dr. Nasir Hashim dan Ahli Parlimen Hulu Langat Sdr. Dr. Che Rosli.Antara acara yang diadakan adalah pelbagai acara tarian dan nyanyian oleh anak muda di akwasan Semenyih. Selain daripada itu, kempen Basikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" turut dilancarkan di peringkat DUN Semenyih. Ramai orang hadir dan dewan sentiasa penuh sepanjang masa. Sdr. S.Arutchelvan semasa ucapan mengucapkan terima kasih kepada MPKJ dan juga kepada orang ramai atas sokongan padu yang diberikan sejak pilihanraya yang lalu.Beliau juga turut mengatakan mandat kita adalah untuk membasmi kemiskinan dan ketidakadilan dan bukan sekadar memberi hamper makanan dari masa ke semasa.

Membuka setor makanan semasa Sosialisme 2008




Sempena dengan program bertaraf Antarabangsa Sosialisme 2008-Malaysia, anjuran PSM. Cawangan PSM Semenyih telah diberi tugas membuka setor makanan sepanjang tiga hari program ini berlangsung dari 7hb. November sehingga 9hb. Semenyih 2008. Setor makanan Cawangan Semenyih telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan kerana berjaya menjual hampir semua item yang dijual.
Selain tugasan ini PSM Semenyih juga menjaga Keselamatan semasa program ini berlangsung.

Melawat mangsa Chikungunya



2 November 2008, Broga

Pada hari ini, Sdr. Arul bersama Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli telah melawat mangsa-mangsa Chikungunya di Kawasan Kampung Baru Broga dan Perkampungan Orang Asli Tarun. Epedemik baru ini telah menyebabkan ramai orang sakit dikawasan-kawasan ini. Satu gotong royong bersama Jabatan Kesihatan dan MPKj juga telah dijalankan pada 26hb. Oktober 2008.
Ramai orang yang mengadu sakit sendi dan sebagainya. Disebabkan tidak ada ubat, kami hanya menyarankan mereka berehat dan minum air bersih dalam kuantiti yang banyak.

Penyakit Chikungunya
Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.
Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia

Friday, November 14, 2008

Jamuan Deepavali

Salam sejahtera dan salam hormat.

Saya akan mengadakan satu jamuan sempena Hari Deepavali. Program hari terbuka ini akan diadakan seperti butiran dibawah :

Tarikh : 15 Hb. November 2008 (Sabtu)
Masa : 8 hingga 10 malam
Tempat : Dewan Orang ramai Semenyih

Semua warga Semenyih dan rakan-rakan sekalian dijemput hadir ke program yang agak sederhana ini.

Terima Kasih

S.Arutchelvan

Monday, November 3, 2008

Sesi jumpa rakyat Taman Sri Tanjung






Ahli Majlis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sdr. S.Arutchelvan bersama rakan perjuangan telah mengadakan sesi dialog dengan Penduduk Taman Sri Tanjung. Dalam dialog selama satu jam tersebut, penduduk telah membangkitkan banyak isu dan antara yang paling ketara ialah isu mengenai CF. Ramai penduduk yang masih belum mendapat CF walaupun sudah lebih 15 tahun menginap disana. Selain daripada isu tersebut, isu lain yang diungkitkan adalah mengenai masalah longkang yang tidak dibersihkan dengan baik, isu semak samun, rumah kosong yang menimbulkan kacau ganggu, paip bomba yang tidak berfungsi , jalan sempit dan sebagainya.Beberapa orang ahli juga dipilih untuk menjadi wakil berhubung dengan Ahli Majlis untuk menyelesaikan isu-isu tersebut. Seperti biasa, sukarelawan PSM juga telah menguruskan kes-kes individu yang memerlukan bantuan seperti kebajikan dan sebagainya selepas sesis dialog.