ShareThis

Wednesday, August 27, 2008

TNB – GELAP GELITAKAN HIDUP SEORANG IBU TUNGGAL

Puan Selvarani merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Suaminya meninggal dunia dan beliau terpaksa menyara kehidupan anak-anaknya yang masih bersekolah.

Pendapatan beliau hanya RM710 sebulan tidak cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarganya. Beliau juga mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh kekurangan zat makanan iaitu satu masalah yang boleh berkait dengan kemiskinaan. Antara banyak masalahnya seperti membayar duit pengangutan anak-anaknya ke sekolah, membayar sewa rumah dan membeli makanan, masalah yang amat meruncing buat masa ini adalah membayar bayaran eletrik yang tertunggak hampir RM 800.

Melihat kepada masalah ini, saya bersama Bawani, seorang aktivis pelajar membawa Selvarani (pengadu) ke Ibu Pejabat Tenaga Nasional Bandar Baru Bangi untuk meminta bayaran tertunggak beliau dibatalkan. Kami telah berjumpa dengan seorang Pegawai Tinggi bernama Puan Vansantha . Puan Vasantha walaupun prihatin namun mengatakan tidak ada sebarang polisi dalam TNB untuk membatalkan bayaran tertunggak tetapi mereka boleh menguruskan supaya Si ibu tunggal Selvarani dapat membayar secara ansuran tunggakannya. Puan Vasantha juga memberi jaminan elektik rumah selvarani tidak akan dihentikan perkhidmatan dan segala urusan pembayaran secara asuran akan dimaklumkan secara bersurat kemudian.

Saya dukacita bahawa sebuah Syarikat koperat yang untung seperti TNB tidak mahu membatalkan bayaran tertunggak seorang ibu tunggal yang menghadapi masalah. Namun kejutan kedua berlaku pada pada hari sabtu iaitu 23 Ogos 2008, jam 11.30 pagi petugas TNB yang berpakaian seragam telah ke rumah Selvarani dan telah memotong bekalan elektrik. Pada masa itu, Selvarani telah pergi ke kerja. Walaupun banyak kali anak Selvarani merayu tetapi petugas TNB tersebut tidak mengambil peduli dan terus telah hentikan bekalan elektrik.

Selepas pulang dari kerja puan selvarani berasa sangat terkejut dan sedih dengan tindakan TNB sedangkan pada pertemuan dengan Puan Vasantha beliau telah diberi jaminan bekalan elektrik tidak akan dihentikan. Puan Selvarani telah menghubungi saya Arul dan memberitahu perkara.

Saya kemudiannya telah menelepon Pihak TNB tidak kurang daripada 4 kali. Saya diberitahu bahawa pemotongan eletrik tidak dilakukan pada hari sabtu dan kemudian pula diberitahu bahawa bekalan akan dipulihkan jika membayar bil. Tetapi bagaimana nak bayar bil pada hari sabtu dan Ahad? Tindakan TNB memang tidak berhati perut. TNB bukan sahaja memotong bekalan letrik tetapi turut menanggalkan peti meter eletrik. Ini menyebabkan, adalah amat sukar untuk menyambungkan eletrik oleh seorang juruletrik biasa.

Setelah saya mendesak akan membuat sidang akhbar dan sebagainya, pihak TNB pula sibuk mencari pekerja TNB yang memotong bekalan eetrik. Mereka juga memberi syor akan memulihkan bekalan eletrik. Kemudian kami menghantar Sdr Saravanan ahli PSM Semenyih untuk pergi ke rumah Selvarani untuk cuba memulihkan bekalan eletrik. Pada jam lebih kurang 7.30malan, aktivis PSM berjaya memulihkan bekalan letrik.

Pada waktu malam lebih kurang 11.30pm baru TNB menghubungi rumah Selvarani. Akhirnya TNB balik pada hari Ahad dengan meter dan menyambung balik bekalan eletrik. Kini cahaya mula bersinar balik tetapi cara sebuah gergaji koperat melayan seorang ibu tunggal amat mendukacitakan.

Inilah yang akan terjadi apabila kita mengswastakan perkhidmatan-perkhidmatan awam. Bagi syarikat swasta, yang penting adalah untung.

No comments: