ShareThis

Monday, August 25, 2008

Pekerja Ladang Pengerusi PSM Semenyih

24 Ogos 2008 – Semenyih

Setelah bergerak aktif selama 4 bulan selepas pilihanraya, PSM Semenyih mengadakan Mesyuarat Tahunannya (AGM) yang pertama. Pusat Perkhidmatan PSM Semenyih yang dibuka 3 hari seminggu dikunjungi oleh ramai orang. Dalam masa 4 bulan ini lebih 300 aduan telah diterima. Semua ini dikendalikan oleh ahli-ahli yang aktif. Jadi, untuk memantapkan lagi perjuangan di Semenyih, AGM diadakan untuk memilih kepimpinan di kalangan ahli-ahli yang aktif.

Kehadiran Sdr. Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM dan juga ADUN Kota Damasara telah menaikkan semangat para ahli. Beliau di dalam ucapannya mengatakan bukan mudah menjadi ahli PSM kerana kita mementingkan perjuangan rakyat. Beliau mengucapkan syabas kepada ahli PSM Semenyih yang telah memilih jalan untuk memperjuangkan hak rakyat. Beliau juga menggesa semua orang untuk terus menolak politik perkauman dan mengutamakan perjuangan kelas.

Sementara itu, Sdr. Arutchelvan, Setiausaha Agung PSM dan juga Ahli Majlis Kajang berkata bahawa terdapat dua cara untuk bekerja sebagai parti politik. Satu, kita bekerja untuk ‘political mileage’ tanpa menyelesaikan masalah rakyat. Kedua, kita memperkasa rakyat dan menyelesaian masalah mereka. Banyak parti politik yang memilih jalan pertama. Tapi bagi PSM kita percaya kepada kuasa rakyat dan akan terus memperkasakan mereka.

Setelah beberapa laporan dibentangkan seperti aktiviti PSM Semenyih selepas pilihanraya, laporan Biro Aduan, laporan Biro MPR dan laporan kewangan, pilihanraya untuk memilih jawatankuasa telah diadakan. Ianya dikendalikan oleh komrad dari PSM Cawangan Kajang.

Dalam pilihanraya ini, bekas pekerja ladang, Sdr. Ramalingam dipilih menjadi Pengerusi PSM Semenyih. Sdr. Ramalingam telah lama bergiat dalam perjuangan rakyat terutamanya masyarakat ladang. Beliau merupakan seorang komited dan telah memainkan peranan penting di PSM Semenyih sejak penubuhannya. Seramai 11 orang ahli dipilih untuk menerajui kepimpinan di PSM Semenyih. Senarainya seperti berikut:

Pengerusi: Sdr. Ramalingam
N. Pengerusi: Sdri Janeshisvery
Setiausaha: Sdr Pop Sundarajen
Bendahari: Sdr. Ganesan Macelamaney

AJK
Biro Aduan: Sdr. Sunthar Akishnan
Biro MPR: Sdr. Sarawanen Excharpah
Biro Propaganda: Sdr. Sathes Mureigasa
Biro Media: Sdr. Sivaraj Muniandy
Biro Ideologi: Sdr. Tamilthasan Packrisamy
Biro Anak Muda: Sdr. Ravinchandran Mariappan
Team krisis: Sdr. Shanmugamnathan Ramasamy

No comments: