ShareThis

Wednesday, July 16, 2008

Polis Kunjung ke rumah Arul

Pada hari Ahad - 13hb. Julai 2008, semasa saya balik ke rumah, jam lebihkurang 6 petang, jiran saya mengatakan bahawa tadi ada kereta peronda polis datang ke rumah saya dan saya diminta menghubungi Inspector Saiful dari IPD Kajang.

Saya kemudian telepon Insp Saiful dan beliau memberitahu bahawa polis hendak ambil kenyataan saya mengenai PROTES yang berjalan di Stadium Kelana Jaya. Saya tanya ini arahan siapa dan beliau menjawab bahawa ini adalah arahan ketua Polis Selangor dan beliau menolong polis disana untuk ambil kenyataan. Saya memberitahu saya sibuk pada hari isnin tetapi meminta polis samada mereka hendak berikan saya sapina 111. Beliau cakap jika saya mahu datang , tak perlu beliau berikan saya notis 111.

Pada hari Isnin, saya mendapat satu sms dari beliau yang suruh saya datang ke IPD Kajang pada 9.30pagi Selasa. Saya cakap dan suruh polis keluarkan notis 111 untuk membolehkan saya hadir untuk beri keterangan.

Saya masih menunggu notis 111 atau waran tangkap. Untuk pengetahuan semua, jika polis minta kita beri keterangan, kita ada hak untuk meminta polis notis 111 dibawah kanun Acara jenayah (KAJ). Hanya setelah kita mendapat notis 111, baru kita dapat pastikan samada apakah laporan yang disiasat oleh polis dan sebagainya.

No comments: