ShareThis

Monday, May 19, 2008

Pelancaran Pusat khidmat Parti Pembangkang di Broga







Hari ini masyarakat di Kg. Broga melancarkan Pusat Perkhidmatan Parti Pembangkang . Pusat Perkhidmatan yang dibiayai oleh DAP dihiasai dengan bendera parti-parti Pakatan Rakyat dan juga PSM. Majlis pelancaran ini dimeriahkan dengan kehadiran ADUN dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat seperti Dr. Che Rosli (Hulu Langat), Sdr. John Fernandez (Seremban), Sdri. Teo Nie Ching (Serdang), Exco Ean Yong Hian Wah, Exco Ronnie Liu, Sdr. Cikgu Lee (Kajang), Sdr. Zulkefly. Begitu ramai wakil Rakyat dan ADUN hadir memandangkan broga adalah sempadan negeri bagi Selangor dan Negeri Sembilan.


Sdr. Arutchelvan juga turut hadir dan beliau diperkenalkan sebagai wakil rakyat Broga. Apabila ditanya, penduduk tempatan mengadakan ini adalah kerana penglibatan beliau yang berterusan sebelum dan selepas Pilihanraya. Penduduk Broga memang mengenali Sdr. Arul sejak isu incinerator lagi.



Semenjak pilihanraya pula, PSM Semenyih bersama parti PAS telah banyak membantu masyarakat Kg. Baru Broga dalam isu tanah mereka. Beberapa mesyuarat telah diadakan dan atas usaha ini satu Jawatankuasa Masyarakat Broga untuk memperjuangkan hak mereka telah ditubuhkan. Selain isu tanah, PSM Semenyih juga sedang berusaha dan membantu penduduk Broga dalam beberapa isu termasuk isu perumahan di Taman Impian, Broga dan beberapa kes kebajikan.






Satu lagi isu besar yang mesti diselesaikan ialah isu pengangkutan awam. Kini, tiada bas awam yang masuk ke pekan Broga dan Sdr. Arul semasa ucapannya berkata PSM akan terus membantu penduduk di sini dalam isu bas awam dan juga geran tanah. Kedua-dua soalan untuk isu-isu ini juga akan diungkitkan melalui soalan kepada DUN Selangor oleh Sdr. Dr. Nasir- ADUN Sosialis Kota Damansara.

No comments: